Welcome/ Selamat Datang

Selamat datang dan terima kasih diucapkan kerana sudi datang berkunjung ke blog kami. Laman web ini adalah blog persendirian khusus untuk aktiviti para ahli & prospek Health Builders (M) Sdn. Bhd(HBSB) dalam rangkaian rakaniaga team group HB healthy lifeStyle. Blog ini juga amat sesuai digunakan untuk rujukan buat semua ahli HBSB dan para pengguna yang baharu nak berkenalan atau telah lama menjadi pengguna setia atau sesiapa sahaja yang berminat dengan barangan pengguna keluaran organisasi HBSB. Dengan mengklik(sekali...dua) pada setiap gambar produk keluaran HBSB yang terletak di sebelah kiri screen komputer anda, maklumat ringkas yang berkaitan akan segera muncul termasuk harga sebenarnya di pasaran. Sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan atau mencuba mana-mana produk asli keluaran HBSB, kami syorkan agar anda berhubung terus dengan rangkaian rakaniaga team group kami. VIP Group
Banner
Banner

Apa itu MLM

Sumber dipetik dari DnoBiz
APA ITU MLM?
Bila sebut je MLM mesti ramai yang terbayang, Jualan langsung, skim cepat kaya, ponzi, head hunting, skim piramid, orang tipu orang dan macam macam lagi pandangan negetif. Namun tidak dinafikan ada juga yang berpandangan positif.
         Hakikat sebenarnya MLM (Multi level Marketing) dan Jualan langsung adalah dua perkara yang berbeza, tapi itu saya akan terangkan kemudian (di post yang lain) di topik ini saya cuma akan terangkan apakah MLM yang sebenarnya dari segi syarat perundangan yang sah.
         Apa yang saya tulis disini adalah berdasarkan, kajian singkat dan dan rujukan saya dari beberapa buah buku dan juga artikel di internet, jadi mungkin ada juga kesilapan. Jadi pesan saya jadikan artikel ni hanya sebagai sebahagian daripada rujukan anda, dan dapatkan rujukan dari bahan lain untuk dijadikan tambahan dan bandingan.
        MLM (Multi Level Marketing) atau juga dikenali sebagai pemasaran berperingkat telah bermula lebih dari 50 tahun dahulu, di Amerika ianya telah pun digunakan secara sah untuk para pembekal, pengeluar atau syarikat mengunakan pengedar untuk mengedar atau menjual produk mereka, dan sebagai ganjarannya pengedar akan mendapat ganjaran atau dibayar komisyen diatas usaha mereka dalam menjual produk atau perhikmatan yang disediakan oleh sesebuah syarikat tersebut.
         Cara ini (MLM) telah beberapa kali disokong oleh makamah persekutuan dan negeri sebagai satu sistem pengedaran dan cara pembayaran komisyen yang sah selagi ianya tidak terpesong dari garis panduan yang telah dibenarkan.
Antara Garis panduan yang ditetapkan ialah :
 
  • Objektif utama perniagaan adalah untuk menjual produk atau servis yang dapat diterima oleh masyarakat dengan harga yang berpatutan.
  • Setiap pengedar mengekalkan cara penjualan barang secara runcit biasanya kepada 10 pelanggan ataupun lebih
  • Kebarangkalian untuk mendapatkan pendapatan daripada ahli baru adalah tidak dijamin malah ada sestengah kes ianya tidak mendapat kebenaran untuk direkodkan (sesetengah ngeri di US).
  • Pengedar tidak dibayar (komisyen untuk yuran pendaftaran ahli baru) semata mata kerana mengambil ahli baru. Tetapi jika keahlian ahli baru berasas pembelian produk dengan jumlah yang ditetapkan untuk mendapatkan status ahli (bukan yuran ) maka pengedar yang mengambil ahli baru boleh mendapat komisyen dari produk yang dibeli (untuk mendapatkan keahlian) oleh ahli baru tadi.
  • Pengedar tidak digalakan untuk membeli barang lebih dari apa yang mereka mampu jual dalam tempoh sebulan, contohnya melakukan JUMP START semata mata untuk mendapatkan komisyen yang lebih tinggi atau pangkat dalam sesetegah MLM akhirnya barang tersebut tidak mampu untuk dijual.
  • Dan yang paling penting syarikat mestilah mengembalikan semula wang daripada baki produk yang tidak mapu dijual dan dari peralatan jualan, termasuklah juga yuran pendaftaran jika pengedar memilih untuk berhenti
           Oleh disebabkan cara atau sistem MLM ini adalah sah dan mempuyai potensi yang tak terhad pada syarik dan pengedar, maka konsep atau cara ini telah menarik ramai pengedar yang dinamik tapi malangnya bukan semua pengedar tersebut betul betul beretika, malah BANYAK TERDAPAT Syarikat melangar peraturan yang ditetapkan dan ini telah menyebabkan MLM mendapat TANGAPAN BURUK daripada Orang ramai dan juga media. Malah banyak juga yang telah dihadapkan ke makamah dan didapati bersalah di makamah sivil dan kriminal.
         Bagi kita yang tingal di Malaysia, MLM dilesen kan dibawah ketogori yang sama dengan Jualan Langsung ini boleh dirujuk pada KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri) bagi memastikan sesebuah syarikat itu adalah syarikat yang beroperasi secara sah
Garis Panduan Permohonan Lesen Jualan Langsung di Malaysia
PERINGATAN
SEBELUM menceburi perniagaan jualan langsung, anda dinasihatkan supaya terlebih dahulu memahami secara jelas AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 (AJL 1993).
SEKSYEN 4(1) AJL 93
“Tertakluk kepada seksyen 14 dan 42, tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung melainkan jika ia suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan memegang lesen yang sah yang diberikan di bawah seksyen 6″.SEKSYEN 2 AJL 93
Bagi maksud garis panduan ini :
(a) “Jualan Langsung” ertinya jualan pintu ke pintu dan pesanan pos mengikut pengertian akta ini
(b) “Jualan Pintu ke pintu” ertinya atau perkhidmatan yang dijalankan dengan cara berikut:
Seseorang atau mana-mana yang diberikuasa olehnya:
i) pergi dari satu tempat ke satu tempat selain daripada satu tempat perniagaan yang tetap; atau
ii) membuat panggilan telefon mencari orang yang bersedia untuk membuat kontrak sebagai pembeli bagi penjualan barang atau perkhidmatan.
Orang yang mula-mula disebut itu atau mana-mana orang lain selepas itu atau kemudiannya membuat perundingan dengan bakal pembeli dengan mewujudkan kontrak itu
•(c) “Jualan Pesanan Pos” ertinya jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, samada sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberikuasa olehnya, denga menerima tawaran bagi kontrak jualan melalui pos.
JENIS PELAN PEMASARAN DI BAWAH PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG
Terdapat tiga jenis pelan pemasaran di bawah perniagaan jualan langsung seperti berikut:
BERBILANG TINGKAT (MULTI LEVEL MARKETING PLAN)
i. Syarikat akan mengambil/melantik individu sebagai ahli/pengedar untuk mengedar barangan syarikat;
ii. Ahli/pengedar yang berkenaan pula akan melantik individu lain (downline) bagi membentuk rangkaiannya menjual barangan syarikat. Proses pengambilan ahli/pengedar baru boleh diteruskan sehingga satu peringkat yang munasabah.
iii. Setiap ahli/pengedar akan mendapat komisen/ bonus / insentif daripada jualan peribadi dan jualan ahli / pengedar di bawah rangkaiannya (over-riding bonus).
SATU TINGKAT (SINGLE LEVEL MARKETING PLAN)
i. Syarikat akan melantik wakil jualan/ejen jualan dan membayar gaji/komisen/gabungan gaji dan komisen alas jumlah jualan yang dibuat; dan
ii. Wakil jualan/ejen jualan berkenaan tidak dibenarkan untuk melantik/menaja wakil jualan/ejen jualan lain.
JUALAN MELALUI PESANAN POS (MAIL ORDER)
Jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama ada sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa melalui pos.
TATACARA PERMOHONAN
Permohonan hendaklah mematuhi syarat-syarat asas berikut:
KELAYAKAN
Pemohon hendaklah terdiri dari syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965
PELAN PEMASARAN
Pelan pemasaran yang dilaksanakan hendaklah mengikut ciri-ciri berikut :
Tidak menjalankan perniagaan yang melibatkan apa-apa skim atau perkiraan berbentuk piramid seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 7 AJL 1993.
Mematuhi Peraturan-Peraturan Jualan Langsung (Skim dan Perjalanan) 2001 yang mula berkuatkuasa pada 15 Ogos 2001 iaitu:
a) Penyampaian skim tidak boleh mengelirukan:
i. Dalam penyampaian sesuatu skim jualan langsung, seseorang yang menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung tidak boleh mengelirukan peserta dengan memberi penekanan yang berlebihan terhadap bonus tinggi yang tidak seimbang .
ii. Tiap-tiap peserta hendaklah diberikan suatu kelengkapan jualan (sales kit) yang mengandungi rancangan pemasaran (pelan pemasaran) dan kod etika/tatasusila syarikat.
b) Pembayaran Insentif
Syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung hendaklah menyediakan suatu insentif berasaskan jumlah atau kuantiti barang atau perkhidmatan yang dijual atau diedarkan oleh tiap-tiap peserta yang diambil masuk ke dalam skim dan bukan daripada pengambilan orang ke dalam skim.
c) Peserta tidak boleh membeli barang atau perkhidmatan dalam harga/amaun yang tidak munasabah
Tiap-tiap peserta dikehendaki membeli barang atau perkhidmatan dalam suatu harga/amaun yang dijangka boleh dijual semula atau digunakan dalam suatu tempoh masa yang munasabah.
d) Perjanjian
i. Syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung hendaklah menyediakan suatu kontrak bertulis atau penyata yang mengandungi terma dan syarat perjanjian itu.
ii. Perjanjian itu hendaklah memperuntukan perkara berikut:
(a) Peserta hendaklah diberikan tidak kurang daripada sepuluh hari kerja dari tarikh pengambilan untuk membatalkan keahliannya (Tempoh bertenang/cooling off period) ;
(b) Apabila terdapat pembatalan keahliannya di bawah perenggan (a), peserta itu hendaklah dibayar semua bayaran yang dikehendaki dalam perjanjian itu;
(c) Syarikat mesti mempunyai polisi beli balik. Syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung hendaklah membeli balik apa-apa barang yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada peserta itu dalam masa enam bulan yang tidak kurang daripada sembilan puluh peratus amaun yang dibayar; dan
(d) Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan peraturan ini adalah melanggar syarat-syarat lesen.
Sumber dipetik dari http://asmawati.com/bagaimana-menjalankan-perniagaan-jualan-langsung-mlm-melalui-internet/
Posted at July 26, 2006

Bagaimana Menjalankan Perniagaan Jualan Langsung (MLM) Melalui Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Sudah agak lama saya tidak membuat posting di blog ini. Seperti yang anda maklum, saya sebenarnya terlibat dengan perniagaan jualan langsung (MLM) di internet. Jadi, post pada hari ini ada kaitan dengannya.
Sebelum saya menerangkan kepada anda tentang bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan jualan langsung (MLM) sepenuhnya melalui internet, saya perlu menjelaskan beberapa perkara yang mungkin akan disalah tafsirkan oleh anda.
Pertamanya ialah dengan menjalankan perniagaan melalui internet tidak bermakna anda hanya perlu membina sebuah laman web dan mengharapkan perniagaan anda akan berjalan dengan sendirinya. Anda masih perlu bekerja keras sama seperti menjalankan perniagaan MLM secara offline. Ia hanyalah satu kaedah yang berbeza.
Kedua, apabila saya mengatakan bahawa ia dijalankan sepenuhnya melalui internet, ia hanya untuk mendapatkan prospek yang benar-benar berminat untuk menyertai anda. Ia TIDAK BERMAKNA anda tidak perlu berhubung di telefon untuk berhubung dengan “manusia sebenar”. Ia masih perlu dilakukan kerana anda pastinya sedar bahawa hubungan peribadi yang baik akan memberikan keyakinan kepada prospek anda.
Jadi, apakah yang perlu anda tahu apabila menyertai perniagaan jualan langsung melalui internet?
 Perkara pertama yang perlu anda faham ialah perniagaan jualan langsung (MLM) dan apa jua perniagaan melalui internet hanya melibatkan permainan nombor. Inilah yang menjadikannya ideal untuk dijalankan secara online. Kenapa?
Ini kerana sebarang perniagaan internet hanya melibatkan nombor. Jika anda bertanya kepada sesiapa sahaja yang memiliki laman web, fokus utama mereka ialah untuk mendapatkan pelawat (ataupun trafik).

Sumber dipetik dari http://blog.mixterr.com/apakah-itu-multi-level-marketing-mlm/

Tun Mahathir menjemput mereka yang menganggur dan tenaga yang tidak digunakan sepenuhnya di tempat kerja melibatkan diri di dalam industri MLM untuk maju demi mencapai Wawasan 2020. Tanggapan Negatif tentang MLM adalah satu isi hangat diperkatakan. Mereka sememangnya tidak mempunyai ilmu tentang perniagaan ini dan tidak meneliti serta selidik terlebih dahulu tentang perkara ini.


Mari kita kaji apa itu sebenarnya Multi Level Marketing.

MLM atau Pemasaran Berbilang Tingkat juga dikenali sebagai Pemasaran Berangkai (Network Marketing) adalah satu komponen yang penting di dalam Industri Jualan Langsung. Ianya telah berpuluh tahun terbukti sebagai satu kaedah yang terbaik dan paling berkesan kepada syarikat Jualan langsung di dalam menyampaikan produk atau perkhidmatan terus kepada pengguna, di mana ianya memberi ganjaran kepada pengedar atau jurujual bebas.
Tujuan mukasurat ini adalah untuk menjelaskan Apa Itu MLM dan kelebihan menjalankan perniagaan dengan menggunakan sistem ini:
Pada tahun 2007 dianggarkan jualan runcit Jualan Langsung daripada ahli yang berdaftar di seluruh dunia melebihi USD 105 Billion yang melalui pelbagai aktiviti lebih daripada 61 juta pengedar bebas Jualan Langsung. Jualan Langsung (MLM) bermaksud sebagai pemasaran produk dan perkhidmatan terus kepada pelanggan dengan cara bersemuka, biasanya di rumah mereka atau di rumah orang lain, di tempat kerja atau tempat lain dan biasanya jauh dari tempat tetap perniagaan barang runcit (kedai, pasaraya. dll), lazimnya melalui penerangan ataupun demonstrasi oleh pengedar bebas Jualan Langsung.

MLM bukanlah satu pemasaran, ianya adalah pelbagai kaedah mengaturcara dan memberi ganjaran kepada pengedar bebas di dalam Jualan Langsung untuk menghargai mereka di atas penglibatan mereka di dalam pengurusan, seminar, motivasi dan mengambil orang ramai (ahli baru) yang akan memasarkan produk atau perkhidmatan syarikat Jualan Langsung tersebut.

Oleh yang demikian, ianya lebih sesuai di gambarkan sebagai pelan ganjaran Jualan Langsung di mana pengedar bebas ini boleh menerima ganjaran dalam dua cara yang utama.
Pertama, pengedar bebas akan menerima ganjaran daripada jualan produk atau perkhidmatan individu kepada pelanggan
Kedua, mereka akan menerima ganjaran daripada jualan pengedar bebas yang diambil oleh mereka atau mereka yang ditaja kedalam pelan dan pengedar bebas ini juga mungkin akan menerima ganjaran dari jualan kumpulan atau jumlah rangkaian yang ditaja ke dalam pelan oleh mereka yang menjadi ahli dibawah pengedar pengedar bebas ini. Atas dasar inilah, Jualan Langsung membuka ruang dan peluang kepada pemimpin atau pengedar Jualan Langsung membina empayar Jualan Langsung mereka sendiri di dalam memasarkan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan serta memberikan latihan, pembangunan, pengurusan organisasi atau rangkaian dengan matlamat pengedar bebas di dalam rangkaiannya akan melakukan perkara yang sama atau lebih dikenali sebagai duplikasi.
Jualan Langsung melalui ganjaran berbilang tingkat membawa faedah yang penting kepada pasaran. Ianya memberi peluang tak terkira jumlahnya kepada individu yang tiada peluang di prasarana pekerjaan atau mereka yang tidak digunakan sepenuhnya oleh pasaran pekerjaan. Ini adalah kaedah yang mudah dan tidak mahal bagi individu untuk belajar asas perniagaan dan pengurusan. Ianya memberi latihan secara praktikal kepada setiap individu jadual yang fleksibel dan makna sebenar pendapatan tambahan individu terbabit. Tambahan pula, ianya menjadikan syarikat perniagaan itu unik atau produk innovatif atau perkhidmatan itu kepada pasaran tanpa melibatkan perbelanjaan yang terlalu mahal untuk pengiklanan pemasaran dan tidak perlu untuk bersaing tempat di dalam rak yang terdapat di kedai atau pasaraya pasaraya khususnya.
Peringatan penting untuk di ketahui umum ialah ganjaran berbilang tingkat yang diperolehi melalui syarikat Jualan Langsung menurut undang undang adalah ganjaran yang datang terutamanya dari jualan produk dan perkhidmatan kepada ramai pelanggan dan pengguna dan bukan dengan tatacara penajaan semata semata. Pelanggan atau pengguna termasuk pengedar bebas itu sendiri yang menggunakan untuk dirinya sendiri atau keluarga pada harga yang bersesuaian dan membeli produk tersebut pada masa yang lazimnya digunakan oleh orang lain.
Sayangnya, terdapat banyak skim penipuan yang bertopengkan MLM menawarkan peluang MLM tetapi sebenarnya mereka hanyalah skim penajaan semata mata di mana orang ramai harus membuat pelaburan yang besar untuk terlibat, dan menyebabkan mereka yang ditipu ini akan menyalahkan industri MLM di atas ketidakprihatinan mereka itu.
Terdapat ciri ciri biasa untuk syarikat Jualan Langsung yang mengikut undang undang :
 •Kos permulaan untuk melibatkan diri di dalam syarikat Jualan Langsung selalunya adalah rendah.
 •Syarikat Jualan Langsung adalah dinasihatkan untuk tidak mempunyai stok barangan yang berlebihan dan mempunyai pelan untuk memulangkan sebarang barang yang tidak dijual, digunakan, oleh pengedar Jualan Langsung dengan nilai bersih barangan dan dalam tempoh yang sesuai.
Fokus utama syarikat Jualan Langsung adalah menjual produk kepada pelanggan. Syarikat syarikat ini di kenali dan dihormati di atas kualiti produk mereka, sokongan kepada produk dengan jaminan yang memuaskan serta membenarkan barangan mereka dikembalikan oleh pelanggan yang tidak berpuashati dengan produk tersebut dengan nilai kewangan yang sesuai.
 Syarikat Jualan Langsung perlu menghindarkan mentafsirkan pendapatan pengedar bebas yang terlibat di dalam pelan dengan berlebih lebihan. Setiap anggaran peluang pendapatan yang dibuat hanyalah perlu berdasarkan dokumen dan fakta.
Secara Kasar tentang MLM?
 (a) Encik A menjadi anggota sebuah skim MLM.
 (b) Encik A mendapat komisyen ke atas setiap penjualan produk yang dilakukannya.
 (c) Encik A kemudian menarik Encik B menjadi anggota. Encik B dipanggil “downline” kepada Encik A.
 (d) Setiap kali Encik B membuat penjualan, Encik A akan mendapat komisyen juga.
 (e) Encik B kemudian menarik Encik C menjadi anggota. Encik C menjadi “downline” kepada Encik B.
 (f) Setiap kali Encik C membuat penjualan, bukan saja Encik B mendapat komisyen, Encik A pun mendapat komisyen juga.
 (g) Encik A juga akan mendapat komisyen dari penjualan “downline” Encik C dan seterusnya.
MLM Sebagai Penjana Ekonomi Dan Peningkatan Masyarakat?
Masyarakat kini serba kekurangan dari segi ekonomi dan ilmu. Semangat bekerjasama diperlukan untuk memperbaiki keadaan ini. Justeru itu, ambilah peluang melalui konsep MLM, dengan menggunakannya sebagai neraca asas untuk memulakan gerakan tidak rasmi untuk meningkatkan taraf masyarakat kini.
Disarankan agar setiap anggota masyarakat memahami, mengenali dan menyebarkan konsep MLM dalam kehidupan seharian kerana ia membawa pulangan yang jauh lebih baik jika di bandingkan berkerja secara berseorangan.
Tips: Bagaimana Melakukan MLM ini?
 (a) Senaraikan ahli keluarga, rakan-rakan dan juga orang luar supaya memudahkan kita mencapai matlamat ini
 (b) Banding mereka samada mereka adalah kroni mahupun proksi/proxy.
 -Kroni bermaksud ahli keluarga sendiri di mana anda boleh menggunakan nama mereka bagi mengembangkan rangkai niaga anda
 -Proksi/proxy bermaksud masyarakt luar yang berminat untuk menyertai MLM.
 (c) Tariklah seberapa ramai orang yang mampu untuk membantu mengembangkan rangkaian
 (d) Jangan putus dari menaja atau di taja bagi mengembangkan rangkaian
 (e) Galakkan “downline” anda untuk mencari “downline” untuk dirinya pula.
 Lakukanlah begitu seterusnya. Lagi ramai “downline” yang anda ada, lagi baik. Pulangannya adalah berlipat kali ganda. Selain mencari pulangan yang banyak malah ianya turut dapat membantu masyarakat di sekeliling,
 itu adalah yang utama di dalam MLM. Dan kebanyakan MLM adalah produk kesihatan.
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, “Mudahnya MLM menjadi haram” menimbulkan sedikit salah faham, seolah-olah semua skim Multi Level Marketing cenderung kepada haram. Sedangkan Ustaz Zaharuddin sebenarnya turut menggariskan asas minima syariah yang perlu dipatuhi bagi membersihkan urusniaga MLM itu : MultiLevel Marketing Mengikut Syariah Islam.
Akhir tulisan ini, mari kita lihat video inspirasi dari jutawan dan pakar-pakar antarabangsa mengenai Industri ini: