Welcome/ Selamat Datang

Selamat datang dan terima kasih diucapkan kerana sudi datang berkunjung ke blog kami. Laman web ini adalah blog persendirian khusus untuk aktiviti para ahli & prospek Health Builders (M) Sdn. Bhd(HBSB) dalam rangkaian rakaniaga team group HB healthy lifeStyle. Blog ini juga amat sesuai digunakan untuk rujukan buat semua ahli HBSB dan para pengguna yang baharu nak berkenalan atau telah lama menjadi pengguna setia atau sesiapa sahaja yang berminat dengan barangan pengguna keluaran organisasi HBSB. Dengan mengklik(sekali...dua) pada setiap gambar produk keluaran HBSB yang terletak di sebelah kiri screen komputer anda, maklumat ringkas yang berkaitan akan segera muncul termasuk harga sebenarnya di pasaran. Sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan atau mencuba mana-mana produk asli keluaran HBSB, kami syorkan agar anda berhubung terus dengan rangkaian rakaniaga team group kami. VIP Group

Monday, July 6, 2015

HERBA ROOIBOS ORGANIK



Harga herba rooibos organik keluaran syarikat Health Builders (M) Sdn. Bhd ini kurang dari RM50 iaitu RM40 bagi Sabah /Sarawak dan RM38 bagi seluruh negeri di semenanjung Malaysia. Harganya jauh lebih kecil berbanding kesan positif yang akan berlaku pada kita sebagai penggunanya.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga  kerana anda sudi meluangkan masa  untuk mengunjungi laman web ini.  Kami juga berharap agar anda semua sentiasa riang ceria dan mendapat manfaat dengan membaca pada tulisan-tulisan yang terdapat di dalam blog ini dan semoga memperolehi maklumat yang anda cari atau perlukan.

Herba Rooibos adalah teh organik tanpa kafein, tanpa bahan tambahan, pengawet dan pewarna tiruan.Rooibos adalah tumbuhan yang ditanam dan dituai di puncak gunung Gifberg, iaitu sebahagian daripada rangkaian Cederberg di Afrika Selatan. Nama saintifiknya ialah Aspalathus Linearis.

Penyelidikan saintifik mendapati Rooibos dapat menyelesaikan:

Merawat masalah tekanan darah tinggi dan sesak nafas. Chysoeriol di dalam teh rooibos didapati berkesan untuk merendahkan tekanan darah tinggi dan masalah pernafasan. Ia juga boleh meredakan kejang otot.

Paling menakjubkan, ia telah dikenal pasti sebagai anti oksida, anti radang, anti tumor, anti bakteria, anti-virus dan berupaya menyerang radikal bebas.

Merawat kencing manis – Aspalathin di dalam Rooibos meransang pengeluaran insulin daripada kelenjar ß-cell dan penyerapan glukos ke dalam tisu-tisunototndi seluruh badan.

Menurunkan Kolestrol Jahat – Aspalathin juga dapat merendahkan paras lemak jahat (LDL) dan meningkatkan paras lemak baik (HDL).

Ini akan mengelak berlakunya serangan jantung dan strok akibat saluran darah ke jantung tersumbat secara tiba-tiba.

Melindungi Serangan berbagai jenis kanser – Quercertin dan Luteolin di dalam rooibos telah terbukti boleh melindungi manusia daripada serangan kanser hati, usus, pankreas, leher dan sel darah merah.

Anti Penuaan yang berkesan – Aspalathin, nothofagin dan beberapa anti-oksida lain di dalam Rooibos sangat kuat bertindak sebagai pemangsa radikal bebas.

Jika radikal bebas dapat dihalang daripada menyerang sel-sel sihat, maka kematian sel-sel tersebut dapat dikurangkan. Ini yang dikatakan proses penuaan berlaku lebih perlahan.

25 Faedah kesihatan yang boleh kita manfaatkan dan terbukti membantu:

•Masalah darah tinggi

•Mengelak serangan jantung dan strok

•Memastikan hati dan buah pinggang yang sihat

•Memastikan paru-paru yang sihat

•Meningkatkan imunisasi tubuh

•Melindungi kerosakan sel darah merah

•Penyakit kencing manis / diabetis

•Penyakit gout dan sakit tumit

•Mencantikkan kulit

•Awet muda yang sangat berkesan!

•Mengeluarkan angin dan toksin dalam badan

•Masalah sakit sendi dan kebas-kebas jari

•Masalah sesak nafas dan asthma

•Mengatasi masalah tak nyenyak tidur

•Masalah alergik / alahan

•Menambah tenaga fizikal

•Menguatkan tulang dan gigi

•Melegakan sakit-sakit belakang

•Berbagai penyakit kulit

•Menurunkan kolestrol dan lemak

•Masalah resdung

•Masalah migrain / sakit kepala

•Masalah sistem penghadaman – usus

•Masalah kejang perut dan gastrik / dugal

•DAN BANYAK LAGI…

Kaya dengan Zat Mineral dan Anti-Oksidan

Rooibos organik mengandungi 9 mineral alkali penting dan sekurang-kurangnya 21 jenis anti-oksidan (enzim awet muda) bagi setiap satu cawan (200ml) yang kita minum.


Bagi yang ingin mendapatkan bekalan Herba Rooibos organik pada harga yang lebih murah atau ingin menjadi stokis rangkaian rakaniaga team group www.hbhealthylifestyle.blogspot.com atau inginkan maklumat lebih lanjut, sila hubungi admin pada bila-bila masa… Call, Whatapps, Telegram,  Sms. En. Teddy Damianus  016-8358255 / 010-8390655 / 012-8219755

Wednesday, September 3, 2014

Bebas dari penyakit Darah Tinggi


Saya Joannes Anchun,  berasal dari daerah Tenom tetapi kini sudah menjadi warga Kota Kinabalu kerana telah ditakdirkan bertemu jodoh dan mendirikan rumahtangga dengan seorang isteri yang berasal dari daerah Penampang. Dalam pada itu ingin saya kongsi ceritakan suatu permasalahan yang telah berjaya kami atasi bersama yang telah membawa kehidupan kami menjadi lebih bahagia lagi.

Sebelum ini saya ada masalah kesihatan iaitu mengalami lebihan berat badan dan masalah tekanan darah yang melebihi dari paras normal. Masalah saya ini turut dihadapi oleh isteri saya. Telah agak lama kami mencuba perbagai jenis produk dan herba untuk memulihkan masalah kami namun segalanya tidak mendatangkan hasil sebagaimana yang diharapkan.

Pada suatu hari saya telah bertemu dengan rakan lama saya iaitu En Benedick Kangor. Beliau kelihatan sihat dan cergas berbanding waktu-waktu sebelum ini. Wajahnya kelihatan muda dengan tubuh badannya yang kelihatan agak segak juga kurus seimbang(Normal). Perkara ini menyebabkan pelbagai pertanyaan telah saya ajukan kepada beliau. Maka diceritakanlah secara panjang lebar bagaimana dia telah diperkenalkan dengan Tea Rooibos Organik keluaran Health Builders (M) Sdn. Bhd. Sambil bercerita sambil kami menikmati minuman tea Rooibos di sebuah kedai Kopi di daerah Penampang. 

Tea ini memang sedap sebelum berpisah untuk kembali ke destinasi masing-masing saya sempat membeli satu pek tea Rooibos berisi 40 uncang. Selama seminggu tea ini telah kami guna suami dan isteri mengikut panduan yang terdapat pada risalah yang diberikan oleh En. Benedick. Saya dan isteri merasakan badan kami agak ringan, perasaan sakit di kepala juga  telah tiada, bagi mempastikan keputusan ini lebih tepat kami berdua pun membuat ujian pemeriksaan tekanan darah di klinik kesihatan dan ternyata tekanan darah kami berdua telah kembali ke paras normal. 

Lantaran itu saya dan isteri sekarang ini telah mendaftar masuk secara sah sebagai ahli Health Builders (M) Sdn. Bhd dalam rangkaian rakaniaga www.hbhealthylifestyle.blogspot.com untuk memudahkan bekalan diperolehi dengan harga yang lebih murah(harga ahli). Sekarang ini selain dari tekanan darah kami telah kembali ke paras normal, tubuh badan kami juga telah susut ke paras normal secara perlahan-lahan tanpa perlu berdiet.

H/P
Joannes
0108163170/0198522120
Marciana
0128261291

Thursday, August 21, 2014

PENYAKIT SEMBUH CITA-CITA TERCAPAI


Nama saya Slyvester bin Anthonius dilahirkan pada 26.10.1980. Buat masa ini saya telah dan masih bekerja sebagai salah seorang Cleanner di hospital daerah Papar. Cita-cita sebenar saya adalah menjadi seorang anggota polis. Namun yang amat merisaukan saya adalah penyakit darah tinggi yang saya alami sejak beberapa tahun yang lalu mungkin akan menjadi halangan utama saya untuk menjadikan cita-cita saya sebagai suatu kenyataan. Pada bulan April tahun 2014 saya telah diperkenalkan produk Teh Rooibos oleh puan Lazaina dan diyakinkan oleh beliau bahawa penyakit saya mampu sembuh sepenuhnya sekiranya saya menjadikan minuman teh Rooibos sebagai amalan minuman harian saya.
Dan sememangnya saya amat terkejut sekali kerana pada 24 Jun 2014 sewaktu menjalankan pemeriksaan kesihatan "Medical Check Up" untuk temuduga kerja dengan PDRM, penyakit darah tinggi saya telah pulih sepenuhnya dan juga telah lulus dalam temuduka tersebut. Sekarang ini saya hanya menunggu surat panggilan dari majikan baharu saya untuk berkhidmat dengan PDRM.
Hebat sekali impian saya untuk menjadi seorang anggota polis akhirnya telah tercapai jua...Terima Kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada puan Lazaina... Terima Kasih Health Builders (M) Sdn. Bhd, kerana Teh Rooibos impian saya telah tercapai... :D
Slyvester bin Anthonius
H/P: 0168467258

Friday, August 1, 2014

KEMURUNGAN SAYA AHKIRNYA BERAKHIR JUA

Saya adalah seorang surirumah berumur 31 tahun, telah berkahwin dengan seorang suami yang baik hati dan amat mengambil berat perihal keluarga yang kami bina bersama. Kami dikurniakan 3 orang cahaya mata yang comel dan amat manja serta menjadi penyeri hibur suasana hidup kami.
Namun itu semua bukanlah perkara yang ingin saya kongsi cerita dengan para pembaca sekalian. Tetapi ianya adalah masalah kulit kusam berjerawat yang saya alami sejak tahun 2010. Penyakit ini begitu mempengaruhi suasana kehidupan harian saya dari pada ceria gembira sebelum ini kepada kemurungan resah gelisah yang menyeksa hati apatah lagi ketika berada di hadapan cermin.  Telah banyak produk yang saya gunakan begitu juga dengan wang yang bazirkan untuk membeli produk-produk yang berkenaan. Asal ada saja yang diikhlankan dalam majalah mahupun di dalam kaca TV yang mana saya sempat saya tonton, semuanya pasti telah saya beli dan menggunakannya sendiri tapi hasil yang saya dapat semuanya sungguh menghampakan, kulit muka saya juga semakin rosak. Dalam pada itu sejak tahun 2000 saya juga sering mengalami masalah pening dan rasa loya yang datang tanpa diduga dan ini semua amat mengganggu kerja seharian saya. Apabila saya ke Hospital, doktor yang memeriksa hanya mengatakan bahawa ini semua berpunca kerana darah di dalam tubuh badan saya tidak stabil dan saya hanya diberi vitamin untuk menyelesaikan masalah tersebut namun ianya tidak juga menyelesaikan permasalahan saya. Selain dari itu saya juga mengalami masalah gestrik dan masalah gatal-gatal di kulit tubuh badan yang menambahkan lagi derita saya pada setiap hari meniti yang perlu saya lalui di sepanjang kehidupan saya.
Pada suatu hari semasa saya balik ke kampung, saya terlihat makcik saya sedang menyediakan dan meminum sejenis tea yang belum pernah saya lihat sebelum ini. Warna air teanya kelihatan pekat seakan-akan merah keemasan. Saya pun lantas bertanya apakah teh itu sedap dan apakah fungsinya. Dengan selamba makcik saya berkata bahawa tea yang dia minum itu adalah tea awet muda dan banyak faedahnya sambil mencari dan memberikan saya risalah mengenainya untuk saya baca sendiri bagi mengetahui apakah keistimewaan tea tersebut.
Sebaik mengetahui fungsinya seperti biasa saya pun membeli satu pek Tea Rooibos keluaran syarikat Health Builders yang berisi 40 uncang untuk sekadar mencuba rasa. Perkara ini berlaku pada bulan Mac 2014 yang lalu. Setelah 2 minggu mengamalkannya sungguh saya tidak menyangka sama sekali tea ini benar-benar hebat. Bukan sahaja masalah saya selesai semuanya tetapi teh ini juga telah memulihkan keyakinan dan penampilan saya bila berdepan dengan masyarakat.

Bersama-sama ini saya sertakan foto sebelum dan selepas saya mengamalkan Tea Rooibos.
Lazaina Marasin
Papar, Kota Kinabalu
H/P: No H/P 014-674-3605

Saturday, July 19, 2014

Nama :   Lothing Rining
Alamat:  Kg Moilo
                Peti Surat 126,
                89907 Tenom.
                Sabah.
No H/P:  012-8397308

Salam sejahtera semua, nama saya Lothing Binti Rining dilahirkan pada 01/01/1965. Ingin saya kongsikan pengalaman hidup saya kepada semua pembaca, sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya mengalami beberapa jenis masalah kesihatan yang begitu mengganggu kehidupan seharian saya. Saya tak tahu adakah semua penyakit ini datang kerana faktor usia saya yang kian hari kian meningkat ataupun kerana sebab-sebab lain yang tidak saya ketahui.
 
Masalah kesihatan yang saya hadapi adalah kalau datang haid biasanya lebih dari 10 hari pun belum lagi berhenti pendarahan. Tangan saya selalu kebas. Kaki saya juga seringkali kejang. Saya juga mengalami masalah gagal-gatal di kulit dan terpaksa berpantang demi mengurangkan rasa gatal tersebut. Saya juga mengidap penyakit tekanan darah tinggi.
 
Pada 23/03/2014 saya telah diperkenalkan teh Rooibos oleh puan Kumah Angkaus, tanpa berfikir panjang saya pun terus mendaftar menjadi ahli kerana saya percaya dengan cerita yang disampaikan  dan kerana saya mahu membeli pada harga yang lebih murah. Saya sangat gembira sekali kerana ternyata kepercayaan dan keyakinan saya pada cerita puan Kumah hasilnya seperti yang saya jangkakan. Seminggu selepas meminum teh Rooibos  haid saya telah berhenti selepas 5 hari dan selepas mengamalguna selama 3 bulan ianya telah sembuh sepenuhnya, dalam 3 hari sahaja haid saya telah berhenti.

Penyakit-penyakit lain yang telah saya katakan tadi juga turut sembuh, tekanan darah saya sudah kembali ke paras normal, tangan saya tidak lagi kebas, kaki saya juga tidak lagi kejang. Begitu juga dengan kegatalan pada kulit di tubuh badan saya juga telah sembuh sepenuhnya.

Saya amat berterima kasih kepada puan Kumah kerana kalau bukan kerana dia belum tentu lagi sampai bila masalah kesihatan yang saya alami sekian lama ini sembuh sepenuhnya. Semuanya kerana Teh Rooibos keluaran Health Builders (M) Sdn. Bhd. Teh ini betul-betul mujarab walaupun hanya sekadar teh minuman biasa tetapi ianya amat luar biasa, faedah yang kita dapat melebihi harga yang kita bayar.

Sunday, July 13, 2014






 

Testimoni: En. Joseph Lee Sampai
Umur   : 70 Tahun
Lokasi :  Kg Abul Tengah, Tenom.
Alamat : Peti Surat 641,
              89008 Tenom.
 
 

Saya mengidap penyakit tekanan darah tinggi sejak 13 tahun yang lalu dan telah menggunakan ubat pengawal tekanan darah tinggi setiap hari sejak hari saya disahkan mengidapnya sehinggalah pada saat & ketika ini. Pada bulan Mei 2013, saya telah pergi ke hospital Kemabong untuk mengambil bekalan ubat dan pemeriksaan susulan penyakit darah tinggi. Saya amat terkejut apabila penyakit saya telah bertambah kronik lagi dengan hasil dapatan pemeriksaan tersebut menunjukkan saya mengidap penyakit kencing Manis. Pegawai perubatan menasihati saya agar mengawalkan pemakanan saya dan tidak mengambil gula sesuka hati. Perkara ini amat merisaukan hati saya. 
 
Pada bulan Oktober 2013, saya diperkenalkan dengan tea Rooibos oleh seorang ahli Health Builders (M) Sdn. Bhd iaitu Pn. Kumah Angkaus di Tamu Sabtu daerah Kemabong. Saya bertanya apakah khasiat dan jenis-jenis penyakit yang mampu dipulihkan oleh tea Rooibos sekiranya kita mengamal minumnya setiap hari. Berdasarkan penerangan dan butiran yang jelas pada sekeping risalah yang saya perolehi darinya yang jelas tersenarai penyakit yang saya hadapi, saya pun membeli satu pek yang berisi 40 uncang sekadar ingin menguji benarkah apa yang dikatakan oleh Pn. Kumah. Selepas seminggu saya meminum tea Rooibos, saya rasa macam ada perubahan pada kesihatan tubuh badan saya. Gastrik saya kalau terlewat makan tidak timbul lagi, bernafas senang, tidak mudah berasa penat pada kerja-kerja yang agak berat dan lasak serta tidur saya di waktu malam amat lena sekali. Setelah habis pek teh tersebut saya pun datang ke Hospital Kemabong seperti biasa untuk mendapatkan ubat dan pemeriksaan susulan. Wah alangkah gembiranya hati saya apabila diberitahu oleh pegawai perubatan bahawa tekanan darah, paras gula dalam darah dan kandungan kelestrol dalam badan saya sudah kembali ke paras normal. Apalagi saya pun terus masuk ahli Health Builders (M) Sdn. Berhad untuk mendapatkan produk ini pada harga lebih murah dan lebih mudah untuk saya perolehi serta memperkenalkannya kepada kawan-kawan yang mengalami masalah kesihatan seperti yang tersenarai di dalam risalah yang saya dapat dulu.

Kepada kawan-kawan diluar sana jika penyakit anda tidak sembuh dengan rawatan di Hospital, saya nasihatkan agar cubalah mengamal minum tea Rooibos.

Akhirkata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan Kumah kerana telah memperkenalkan kepada saya Tea Rooibos keluaran Health Builders (M) Sdn. Bhd. Harga tea Rooibos tidaklah begitu mahal tetapi ia benar-benar telah banyak membantu menyembuhkan masalah kesihatan yang saya hadapi.

Sekian, Terima Kasih.

Joseph Lee Sampai
014-5626568

Sunday, June 29, 2014

KENALI CORDYCEPS



Cordyceps sinesis ialah sejenis fungus atau cendawan yang tumbuh subur di kawasan pergunungan yang mempunyai ketinggian melebihi 3500 meter dari paras laut. Ia banyak di perolehi di pergunungan China, Tibet, Nepasl dan Himalaya.
Cordyceps sineses di kategorikan sebagai salah satu herba yang sangat bernilai tinggi dalam perubatan tradisional China dan sains perubatan moden.
Cacing@Ulat Musim Sejuk, Rumput Musim Panas
Cordyceps juga dikenali sebagai cendawan ulat bulu. Dalam masyarakat China, ia dipanggil DongChongXiaCao yang bermaksud ‘Musim sejuk ulat, musim panas rumput’
Semasa musim sejuk, spora Cordyceps memasuki badan larva dan memperolehi makanan daripada badan larva itu sehingga larva akan mati.Semasa musim panas, cendawan akan tumbuh dari badan larva tersebut. Tinggi antara 3cm-10cm. Cendawan ini dinamakan Cordyceps.
Penggunaan Cordyceps dalam perubatan China mula direkodkan dalam “Ben-Cao-Cong-Xin” (New Compilation
of Materia Medica) oleh Wu-Yiluo semasa Dinasti Qing.
Orang China menggunakan Cordyceps sejak 3000 tahun lalu untuk merawat masalah paru-paru, hati, jantung dan penyakit buah pinggang, merawat barah, melegakan sakit, dan meningkatkan kesihatan dan panjang usia.
Cordyceps dijadikan ramuan herba utama dalam sejarah Maharaja China untuk menguatkan badan, mati pucuk, kelesuan akibat penyakit dan sakit badan.