Welcome/ Selamat Datang

Selamat datang dan terima kasih diucapkan kerana sudi datang berkunjung ke blog kami. Laman web ini adalah blog persendirian khusus untuk aktiviti para ahli & prospek Health Builders (M) Sdn. Bhd(HBSB) dalam rangkaian rakaniaga team group HB healthy lifeStyle. Blog ini juga amat sesuai digunakan untuk rujukan buat semua ahli HBSB dan para pengguna yang baharu nak berkenalan atau telah lama menjadi pengguna setia atau sesiapa sahaja yang berminat dengan barangan pengguna keluaran organisasi HBSB. Dengan mengklik(sekali...dua) pada setiap gambar produk keluaran HBSB yang terletak di sebelah kiri screen komputer anda, maklumat ringkas yang berkaitan akan segera muncul termasuk harga sebenarnya di pasaran. Sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan atau mencuba mana-mana produk asli keluaran HBSB, kami syorkan agar anda berhubung terus dengan rangkaian rakaniaga team group kami. VIP Group
Banner
Banner

Wednesday, April 11, 2012

Daun Teh Eucommia, raja teh kesihatan

Teh popular di Jepun
Orang Jepun merupakan masyarakat yang pertama menjadikan daun Eucommia sebagai teh kesihatan. Hari ini, masyarakat Jepun menjadikan daun teh Eucommia sebagai teh pembina kesihatan yang sangat popular di Jepun. Setiap tahun Jepun mengimport daun Eucommia dalam kuantiti yang besar bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat. Terdapat beberapa buku tertulis tentang faedah-faedah daun teh Eucommia dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh Universiti Nihon, Universiti Toyama dan Universiti Hokkaida untuk memastikan faedah kesihatannya.
Kegunaan perubatan lebihi 2000 tahun
Salah satu daripada material medica Cina yang terawal Herbal Shen Nong yang ditulis oleh Shen Nong pada 100 sebelum Masehi mengkategorikan Eucommia sebagai herba yang hebat dan boleh diambil dalam kuantiti dan dalam tempoh masa yang panjang tanpa ketoksidan, menyuburkan serta mempunyai kesan menguatkan kesihatan. Materia medica tersebut menyatakan kegunaan perubatan untuk: merawat sakit belakang yang kronik, menambah stamina, berfaedah untuk qi, menguatkan urat dan tulang, menghilangkan gatal di bahagian sulit dan aliran urin. Ia juga menyatakan dengan pengambilan dalam tempoh masa yang panjang, jangka hayat hidup akan lebih lama.
Konstituen aktif dalam daun Eucommia lebih tinggi berbanding kulit kayu
Analisis yang dijalankan oleh makmal menunjukkan nutrien yang ditemui dalam daun dan kulit kayu secara dasarnya adalah sama, tetapi daunnya mempunyai kandungan konstituen aktif yang lebih tinggi berbanding kulit kayu.
Empat faedah kesihatan amal the daun Eucommia dan penyelidikannya

1. Kesan dalam merendahkan tekanan darah
  • Penyelidikan oleh Universiti Harvard, Universiti Wisconsin dan Universiti Louisiana telah memastikan kesan Eucommia dalam merendahkan tekanan darah dan mengenal pasti pinoresinol diguloside, aucubin dan asid klorogenik sebagai sebatian yang bertanggungjawab untuknya
  • Pusat Penyelidikan Perubatan Timur dan Barat di Cina telah menggunakan daun teh Eucommia untuk mengendalikan percubaan klinikal ke atas 28,000 orang yang mempunyai tekanan darah tinggi untuk tempoh 2 tahun, dan keputusan yang baik telah diperolehi. Doktor yang mengetuai percubaan klinikal iaitu Dr Xu Xianag Lin melaporkan penemuan tersebut di Simposium Pencegahan Penyakit Jantung dan Vaskular Antarabangsa yang dianjurkan oleh WHO di Washington dan telah mendapat perhatian para pakar yang mengambil bahagian dari pelbagai negara
  • Dr Frank Greenway, pengarah Perubatan di Pennington, Amerika Syarikat, telah melengkapkan percubaan klinikal ke atas manusia selama lapan minggu secara rambang, dengan keputusan awalnya menunjukkan ekstrak penstandardan adalah selamat dan berkesan dalam merendahkan tekanan darah
2.  Kesan dalam mengawal fungsi jantung dan vaskular
  • Penyelidikan oleh pelbagai universiti di Cina menunjukkan Eucommia mengandungi bahan tertentu yang menghalang angiotensin (salah satu faktor yang bertanggungjawab terhadap tekanan darah tinggi) dan mengawal fungsi jantung dan vaskular. Selain daripada itu, kandungan silicon yang tinggi mencecah 1580mm dan kalsium dalam Eucommia penting dalam mengawal fungsi jantung dan vaskular.
  • Dalam bulan Disember 2003, Jabatan Perubatan, Fakulti Kesihatan Sains, Universiti MsMaster, Hamilton ON, Kanada menerbit kajian yang mengesahkan tindakan vasorelaxan Eucommia Ulmoides Oliv. yang membentuk asas pharmakologikal untuk dokumentasi tindakan antihipertensif.
3. Kesan dalam merendahkan gula darah
  • Daun Eucommia telah digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat diabetis di Korea. Pada Disember 2004, Institut Penyelidikan Makanan dan Bio-industri, Universiti Nasional Kyungpook, Daegu Korea Selatan telah menerbit kajian yang mengesahkan kesan hipoglisemik daun Eucommia. Pada tahun yang sama, Divisyen Penyelidikan Fungsi Makanan, Institut Penyelidikan Makanan Korea telah mengenal pasti Flovonol glikoside dalam daun Eucommia sebagai sebatian yang bertanggungjawab kepada tindakan anti-diabetes.
4. Kesan dalam mengurangkan lemak dan sintesis kolagen
  • Pharmaceutikal Kobayashi di Jepun telah menjalankan penyelidikan yang mengesahkan Eucommia Ulmoides membantu menjadikan sindrom metabolik bertambah baik. Dalam eksperimen ke atas tikus dikendalikan bersama Fakulti Perubatan Universiti Mie, ianya mengesahkan yang Eucommia Ulmoides menghalang pengumpulan lemak visera. Tambahan lagi, ia mempunyai kesan meningkatkan paras adiponektin darah dan keupayaan penggunaan glukosa juga lebih baik.

    Pada tahun 2000, penyelidikan di Universiti Nihon di China, Jepun menerbitkaan dua kajian menunjukkan kedua-dua daun dan kulit Eucommia Ulmoides mengandungi dua sebatian asid geniposidik dan aucubin yang meningkat sintesis kolgen tikus.

    Penyelidikaan di atas menjelaskan mengapa masyarakat Jepun minum daun
    teh Eucommia untuk melangsing dan mengekalkan kulit yang sihat dengan memuaskan.
Persekitaran pertumbuhan yang hebat di Daerah Kaihua
Daerah Kaihua mempunyai persekitaran pertumbuhan yang hebat untuk pokok Eucommia, dengan tanah separuh asid, suhu tahunan 16.3C, hujan tahunan 1990mm dan sinaran matahari tahunan 1785 jam, semuanya penting untuk menghasilkan daun Eucommia berkualiti terbaik dan tiada bandingannya dengan daun teh Eucommia dari daerah-daerah lain.
Daun Teh Organik Eucommia Kaihua Rasa Sepetri Teh Hijau
Daun teh Eucommia Kaihua menggunakan daun Eucommia yang berkualiti terbaik dan segar dengan menggunakan teknologi penghasilan terkini, memberi anda faedah kesihatan teh yang rasanya seperti teh hijau tetapi lebih bernilai.
Kandungan daun Eucommia
  • 17 asid amino (termasuk semua asid amino yang penting)
  • 21 mineral dan unsure minral (tinggi kandungaan kalium, kalsium, besi dan selenium)
  • 15 jenis lignan dana glikoside lignan (termasuk pinoresinol giglukoside bertanggungjawb untuk kesan hipotensif-menurunkan tekanan darah)
  • 10 jenis iridoid (termasuk aukubin dan geniposide bertanggungjawab untuk sintesis kolagen)
  • 6 jenis asid organic (termausk asid klorogenik bertanggungjawab untuk meneutralkan radikal bebas)
  • Vitamin A, C, E dana B6 daan lain-lain
  • Klorofil
  • Catechin
  • Kolaagen Eucommia
Hasil amalan ambil / minum Eucommia Leaf Tea
  1. Anti-oksida dan anti-penuaan
  2. Menyah toksin dan merangsang sintesis kolagen dalam tubuh untuk mencantikkan kulit
  3. Merendahkan tekanan darah dan menormalkan tekanan darah rendah
  4. Merendahkan gula darah
  5. Merendahkan lemak darah
  6. Menyuburkan buah pinggang dan hati
  7. Memudahkan pergerakan bowel dan mengatasi masalah sembelit
  8. Melangsingkan tubuh
  9. Menguatkan urat dan tulang
  10. Menghilangkan sakit belakang yang kronik
  11. Menghilangkan keleetihan dan meningkatkan tenaga
  12. Meningkatkan fungsi imuniti
  13. Menenangkansaraf dan untuk tidur yang lebih nyenyak
  14. Merangsang kelenjar pituitary-adrenal
Menurut Dr Hu Xiu Ying, professor dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat: “Eucommia merupakan herba semulaajadi yang terbaik di dunia untuk merendahkan tekanan darah, yang tidak ada bandingnya dengan lain-lain ubat”.
Cara Berkesan Mengamalkan Teh Eucommia
  1. Masukkan satu uncang daun teh eucommia dalam termos 1000ml atau 1200ml
  2. Tuangkan air didh daripada cerek elektrik ked ala,m termos dan biarkan uncang the direndam sekurang-kurangnya selama 10 minit sebelum minum
  3. Anda juga boleh menuang air didh 98 darjah Celsius terus daripada pot termos ke dalam termos
Rahsia mudah untuk memastikan keberkesanan the Eucommia ialah dengan meminumnya 1000ml atau 1200ml setiap hari dengan mengguankan termos.
Menurut laporan ‘Jurnal Nutrisi Klinikal Eropah’ minum the adalah sama dengan minum air dalam membekalkan kandungan air dalam tubuh. Laporan itu juga
menyatakan minum the mempunyai banyak faedah kesihatan termasuklah menghalang sakit jantung dan pelbagai jenis kanser.
Dr Takahashi dari Universitu Nihon Ciba, Jepun, dalam bukunya ‘The Amazing Health Benefit oif Eucommia Tea’ mengesyorkan minum the Eucommia menggantikan the yang lain untuk kesan kesihatan dan langsing yang lebih baik.