Makluman dari HQ HBSB bertarikh:13/Jul/2012
PERINGATAN :
MEMASARKAN PRODUK PADA HARGA LEBIH RENDAH DARIPADA YANG DITETAPKAN
Kami dengan ini ingin mengingatkan bahawa penjualan produk-produk Health Builders pada harga yang lebih rendah daripada yang ditetapkan oleh pihak Syarikat merupakan satu kesalahan. Ini melanggar Kod Etika dan Syarat & Peraturan Pengedar & Mobile Stockist serta Akta Jualan Langsung Malaysia 1993.
Mana-mana pengedar yang didapati melanggar peraturan ini akan ditamatkan keahliannya.
Sekian, dimaklumkan.
Pihak Pengurusan
HBSB
Makluman dari HQ HBSB bertarikh: 02/Jul/2012
PRODUK TIRUAN
Pihak Syarikat dengan ini ingin menegaskan sekali lagi bahawa kami telah lama memberhentikan pengeluaran dan penjualan produk-produk berikut :-
- Goji Yumberry
- Goji More
- Soya Wolfberry
- Soya Classic
- Goji Classic
Walaubagaimana pun,kami dapati produk-produk ini masih terdapat di pasaran dengan logo dan edaran Health Builders yang sebenarnya adalah PRODUK TIRUAN yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Design pada kotak dan peket ditiru sama seperti design asal dan ini telah membuatkan ramai orang terpedaya.
Pihak Syarikat juga sebelum ini telah membuat laporan polis pada 12/9/2011 No Report : BRICKFIELDS/012982/11 dan juga surat kepada Bahagian Penguatkuasa Farmasi pada 19/9/2011 tentang penipuan ini.
Kami juga mendapat banyak rungutan daripada orang ramai bahawa kelima-lima PRODUK TIRUAN tersebut masih lagi dijual di pasaran dengan berleluasa bukan sahaja di Lembah Klang dan Sabah bahkan di seluruh Malaysia!
Diingatkan pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesan penggunaan kelima-lima produk tiruan tersebut.
Sila sebarkan dan maklumkan kepada rakan-rakan anda tentang perkara ini.