Welcome/ Selamat Datang

Selamat datang dan terima kasih diucapkan kerana sudi datang berkunjung ke blog kami. Laman web ini adalah blog persendirian khusus untuk aktiviti para ahli & prospek Health Builders (M) Sdn. Bhd(HBSB) dalam rangkaian rakaniaga team group HB healthy lifeStyle. Blog ini juga amat sesuai digunakan untuk rujukan buat semua ahli HBSB dan para pengguna yang baharu nak berkenalan atau telah lama menjadi pengguna setia atau sesiapa sahaja yang berminat dengan barangan pengguna keluaran organisasi HBSB. Dengan mengklik(sekali...dua) pada setiap gambar produk keluaran HBSB yang terletak di sebelah kiri screen komputer anda, maklumat ringkas yang berkaitan akan segera muncul termasuk harga sebenarnya di pasaran. Sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan atau mencuba mana-mana produk asli keluaran HBSB, kami syorkan agar anda berhubung terus dengan rangkaian rakaniaga team group kami. VIP Group
Banner
Banner

Perihal Organisasi




Health Builders (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1998. Ia diasaskan oleh tiga tokoh yang berwibawa dalam dunia keusahawanan, Yang Berhormat Mulia Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Yang Amat Mulia Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Jamalullail dan Encik Kennedy Tan. Satu nama yang sinonim dengan industri jualan langsung, Health Builders menjalankan bisnes berbilang tingkat atau MLM. Ia didaftarkan sepenuhnya di bawah Lesen Jualan Langsung Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Berpegang kepada falsafah ‘Bersama Mencipta Kecemerlangan’, Health Builders merupakan sebuah syarikat jualan langsung tempatan yang sedang menempa nama. Rangkaian produk ‘Goji’ yang diperkenalkan kepada ahli, telah secara automatik, melonjakkan nama kami di pasaran jualan langsung tempatan. Selama lebih satu dekad, Syarikat dikenali menerusi produk-produk yang hebat dan berkesan, serta pelan pemasaran yang menarik. Sehingga kini, kami mempunyai lebih 80,000 pengedar dan 400 stokis di seluruh Malaysia. Kami telah berjaya membantu ramai usahawan dalam industri jualan langsung, dan sekaligus melahirkan pencapai-pencapai yang kini selesa menikmati dan mengecapi pendapatan lumayan.
Komitmen kami ialah untuk memberi produk dan perkhidmatan yang terbaik. Dengan usaha yang berterusan, kami yakin lebih ramai orang akan menikmati kejayaan bersama. Kami bertekad membantu mereka untuk membina kehidupan yang lebih bermakna … baik dari segi kewangan mahupun kesihatan. Syarikat, yang memasuki tahun ke-sebelas operasinya, kini diterajui oleh Yang Mulia Tengku Ariez Hazaril Tengku Abdul Halim sebagai Pengarah Eksekutif, Encik Kennedy Tan (Pengarah Urusan) dan Puan Mazliza Man (Pengurus Eksekutif).
Health Builders beroperasi dari Bangunan Korporat / Ibu Pejabat yang terletak di 6-2 & 6-3, Blok A, Jln 2 / 114, Kuchai Business Centre, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.



Tahun 2012 adalah tahun keramat terwujud munculnya kumpulan rangkaian pemasaran produk yang sentiasa bertambah hebat dari masa ke semasa sehinggalah pada saat dan ketika ini. Kumpulan ini dikenali sebagai  rangkaian rakaniaga team group  www.hbhealthylifestyle.blogspot.com.  Bermula dengan pendaftaran En. Teddy Damianus dalam bulan Januari 2012 sebagai ahli biasa seterusnya mula bergerak serius menjalankan bisnes memasarkan produk keluaran syarikat Health Builders (M) Sdn. Bhd dalam bulan Jun 2012 sehinggalah sekarang ini. Walaupun hanya dapat menjalankan bisnes secara sambilan iaitu dua hari dalam seminggu (Sabtu dan Ahad), En. Teddy Damianus telah berjaya membangunkan rangkaian rakaniaganya yang hebat dalam waktu yang singkat. CEO dan salah seorang admin www.hbhealthylifestyle.blogspot.com En. Alexander Anting bersama isterinya Pn. Sylvia Lee yang juga admin rangkaian ini adalah antara pemain utama yang banyak membantu group ini berkembang maju di pusat bandaraya Kota Kinabalu dan kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya. Di Sarawak CEO kita Madam Masniah Muksin dan En. Awgku Sapiudin bersama isterinya Pn. Dgku Habsah telah mula mendominasi pasaran bagi daerah Lawas, Limbang, Miri dan Bintulu serta juga negara Brunei Darussalam. Begitu juga dengan kawasan Ibu negeri Sarawak iaitu Kuching usaha gigih dan susah payah yang dilalui oleh puan Janneth Della ternyata telah mula menampakkan hasil yang positif.

Bagi kawasan wilayah yang lain di Sabah Sarawak Malaysia  dan negara Brunei Darussalam kini telah muncul pula beberapa orang lagi leader  kami yang hebat iaitu Pn Minah Binti Sumpongul, En. Darry Christhoper, En. Lewis Bin Buyog@Lojuti, Cik Rubiah, Cik Diane Christie, Pn. Myilsih Michael, Pn. Nunah Umbing, En. Kong Tsi Vui, En. Kelvin Ho, Pn Jamilah, Pn. Masniah Muksin, Cik Nur Faiqah, Pg. Safaherrdawati Pg Mohamad, Pn Diana Soon, Pn Ruday, En. Chris Leong, En Awangku Sapiudin, Puan Dg Norsiah dan banyak lagi.

Sekarang ini rakaniaga kita juga telah mula bergerak aktif di negeri Johor, leader-leader utama kita di sana terdiri dari Pn. Rasnah Binti Aman dan suaminya En. Henry Paulus, Pn. Irene Ambrose, Pn. Irene Katie Anak Joel

Di negeri Pahang leader kita Pn. Kolorine Gregory hp 013-8153490 juga sedang bergiat aktif menjalankan perniagaan di daerah Kuantan.

Kami yakin dalam sedikit waktu lagi  rangkaian rakaniaga team group kami pasti akan menjadi sebuah rangkaian paling hebat di Malaysia dan juga di negara-negara rantau ASEAN. 

Bagi yang berminat untuk sama-sama berjuang dengan kami mengikut perancangan dan halatuju serta tindakan berwawasan rakaniaga Rangkaian Team Group www.hbhealthylifestyle.blogspot.com yang diselaraskan dengan Visi dan Misi Syarikat Health Builders (M) Sdn Bhd  “ KECIL TAPAK TANGAN BUMI ASEAN KAMI TADAHKAN ".

Untuk kali ini kami sajikan cerita pengalaman salah seorang leader  rangkaian rakaniaga team group kami yang juga pengasas bagi group ini. Semua leader digalakkan berkongsi cerita dan pengalaman yang dilalui dalam menjalankan aktiviti bisnes ini.

En. Teddy Damianus.

Setelah lebih 13 tahun beroperasi di pasaran Malaysia baharulah berita mengenainya sampai kepada saya. Saya bermula sebagai pengguna/pelanggan biasa untuk salah satu produk HBSB sebelum mendaftar menjadi ahli pengedar yang sah syarikat ini. Saya  Teddy Damianus (id 111267 Health Builders SDN BHD) mula bergerak dalam organisasi Health Builders SDN BHD sebagai pengedar biasa juga sebagai Mobile Stockist kecil-kecilan bermula dari bulan Mac 2012 setelah mengetahui bahawa rupa-rupanya saya telah pun didaftar masuk sebagai ahli dalam organisasi ini sejak 01.01.2012 :) . Pada bulan Ogos 2012 saya mula melakukannya secara serius dan aktif. Masih terlalu banyak laluan & cobaan serba mencabar yang perlu saya lalui untuk menjadikan saya setaraf dengan mereka-mereka yang hebat di dalam organisasi ini, (Belum sampai 1% lagi yang saya kenal :D) apapun saya cuma membuat 1 kesimpulan bahawa kehebatan mereka semua hanyalah kerana mereka lebih dahulu dipertemukan peluang dan ruang ini seterusnya bertindak bijak dengan menyertainya. Dalam pada itu saya percaya dalam bisnes ini tiada istilah "lebih dahulu menyertai maka sudah pasti kita akan lebih cepat berjaya" kerana pada saya "lebih banyak berusaha akan memastikan kita lebih cepat untuk berjaya". Berbekalkan sedikit pengalaman dan ilmu MLM yang saya miliki serta yang sedang saya pelajari dari hari ke hari dalam dunia MLM khususnya dari organisasi ini, saya dengan serius akan terus melangkah ke hadapan membantu organisasi saya bergerak dan berkembang maju sebagaimana yang telah dirancangkan oleh pihak organisasi. Saya yakin dengan Visi & Misi organisasi ini begitu juga dengan ahli-ahli lain yang baharu menyertai organisasi ini setelah saya menceritakan kepada mereka pelbagai peluang dan kebaikan serta kelebihan yang ada sekiranya mereka menyertai organisasi ini. Oleh itu saya dah nekad  sepenuh hati untuk terus dan betul-betul serius menjalankan operasi menjualedar produk keluaran organisasi ini. Pada saya adalah sesuatu yang baik kiranya kita dapat mengkongsikan kebaikan yang kita dapat setelah menggunakan sesuatu produk itu dengan mereka-mereka yang memerlukannya. Terus terang saya menceritakan pada mulanya saya hanyalah pengguna biasa produk keluaran HBSB. Bermula dengan Rooibos Teh, saya telah bebas dari penyakit gout (Hanya yang dah kena sahaja tahu bagaimana nak cerita apa rasanya). Sekarang ini saya tidak lagi perlu berpantang ini dan itu contohnya makanan-makanan berbentuk kekacang, makanan laut dan lain-lain lagi bagi mengelak terkenanya ulang penyakit gout, terima kasih HBSB. Walaupun harga yang kita bayar untuk memiliki setiap produk keluaran HBSB tidaklah semahal produk-produk lain di pasaran ternyata kualiti dan faedah yang kita dapat melebihi dari apa yang sepatutnya kita dapat. Maka kata diri kita sendiri dan juga kata orang lain teramat berbaloilah apa yang kita belanjakan untuk apa yang akan kita kecapi.
Dipendekkan cerita saya berharap semua rakan-rakan yang telah atau bakal serta berminat untuk menyertai organisasi ini sebagai rakaniaga rangkaian team group kami juga akan berbuat demikian samada yang mengambil peranan secara sambilan mahupun sepenuh masa.    Bersambung ...  (ingin saya sambung cerita mengenai apa yang telah saya dan rangkaian team group kami buat dalam tahun 2012, 2013 dan 2014 jika punya masa dan idea serta semangat untuk menulis. Bagaimana pun hasrat saya ini terpaksa saya tangguhkan dulu sehinggalah ada masa yang sesuai untuk saya meneruskan cerita saya.)