Welcome/ Selamat Datang

Selamat datang dan terima kasih diucapkan kerana sudi datang berkunjung ke blog kami. Laman web ini adalah blog persendirian khusus untuk aktiviti para ahli & prospek Health Builders (M) Sdn. Bhd(HBSB) dalam rangkaian rakaniaga team group HB healthy lifeStyle. Blog ini juga amat sesuai digunakan untuk rujukan buat semua ahli HBSB dan para pengguna yang baharu nak berkenalan atau telah lama menjadi pengguna setia atau sesiapa sahaja yang berminat dengan barangan pengguna keluaran organisasi HBSB. Dengan mengklik(sekali...dua) pada setiap gambar produk keluaran HBSB yang terletak di sebelah kiri screen komputer anda, maklumat ringkas yang berkaitan akan segera muncul termasuk harga sebenarnya di pasaran. Sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan atau mencuba mana-mana produk asli keluaran HBSB, kami syorkan agar anda berhubung terus dengan rangkaian rakaniaga team group kami. VIP Group
Banner
Banner

Testimoni Bacaan

Testimoni Rooibos Teh

”Saya menghidap penyakit gatal diseluruh badan hampir 3 bulan. Setelah diperkenalkan produk Teh Rooibos oleh rakan saya, kulit saya tiada gatal-gatal lagi & saya mengamalkan sampai sekarang..”
Che Putih Bt Ibrahim, Pulau Pinang 
”Suami saya menghidap penyakit strok, susah bergerak dan tidak bermaya. Oleh itu, adik saya telah memperkenalkan minuman Teh Rooibos & Goji Soya kepada suami saya. Hasilnya, suami kembali normal untuk berjalan & uruskan sendiri. Malah, suami maklumkan beliau kembali bertenaga & lelah semakin berkurang..”
 ”Saya juga menghadapi masalah kelemumur. Sejak minum Teh Rooibos, kegatalan hilang & kelemumur pun sudah tiada. Saya turut menghidap fabroid & darah semakin banyak ketika haid. Jadi setelah mengamalkan produk Herbeunine, masalah tersebut dapat diatasi. Kehidupan saya gembira sekarang bersama suami..”
Pn Fariza dan suami, Kelantan

“Setelah mengamalkan minum Rooibos Tea selama sebulan, masalah gastrik saya mulai berkurangan. Saya juga dapat berpuasa dalam bulan Ramadan dengan lebih cergas dan sihat berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Bukan itu sahaja semenjak mengamalkan teh ini masalah angin dalam badan saya juga berkurangan. Teh ini memang baik untuk buang angin dalam badan. Suami dan anak-anak saya juga gemar minum teh ini.”
Pn Siti Rokiah, Sri Kembangan, Selangor

“Sejak kecil lagi saya mempunyai masalah kembong perut dan pening kepala. Emak selalu sapukan minyak dan beli berbagai ubat untuk saya. Tapi tak hilang juga. Melalui iklan dalam Mingguan Wanita, mak belikan saya Rooibos Tea. Saya minumnya setiap hari. Dalam tempoh dua minggu sahaja saya rasa perut saya lebih selesa dan kepala pun rasa lebih ringan.. Terima kasih mak kerana belikan saya Rooibos Tea.”
Mohd Azrul, Seremban, Negeri Sembilan

“Saya seorang surirumah . Masalah saya ialah saya sering rasa kebas kaki dan tangan, sengal dan sakit di bahagian sendi. Saya sering berasa letih dan tidak bertenaga. Pada mulanya apabila En Azman mengesyorkan agar saya amal minum Rooibos Tea setiap hari, saya tidak begitu yakin. Tetapi saya beli juga sebotol untuk mencuba. Setelah minum Rooibos Tea ini saya rasa lebih bertenaga dan ceria. Sengal-sengal dan sakit-sakit badan juga beransur kurang. Saya akan terus mengamalkan Rooibos Tea.”
 Pn Dazanah Binti Sahat, Sri Gombak, Selangor

“Masalah saya ialah saya sering tak dapat tidur malam. Kalau tertidur pun apabila terjaga di tengah malam saya sukar untuk tidur semula. Alhamdullillah, semenjak minum Rooibos Tea tidur saya nyenyak sampai pagi. Badan pun lebih bertenaga dan tidak letih lagi. Saya ingin mengesyorkan kepada mereka yang mempunyai masalah tidur malam..cepat dapatkan Rooibos Tea.”
Pn Saripah Abd Muthalif, Johor Bahru, Johor

“Saya berusia 60-an. Saya mengidap penyakit lemah jantung dan kencing manis selama lebih 10 tahun. Kaki kiri saya luka dan bertanda hitam. Di bahagian bawah telapak kaki pula bernanah dan sering keluar darah. Saya mula minum Rooibos Tea pada pertengahan bulan September 2000. Sebelum saya minum Rooibos Tea ini saya telah mencuba berbagai rawatan dan ubatan tetapi tidak berhasil malah semakin teruk. Mungkin kerana penyakit saya sudah lama. Pada peringkat mula saya tidak yakin dengan produk ini. Hati saya ingat nak baik dan cepat sembuh. Saya pun cubalah. Masuk saja bulan ke-dua, Alhamdulillah dapat dilihat perubahan yang ketara sekali. Tiada lagi kebas dan letih akibat menahan sakit. Kaki saya juga bertambah baik dari sehari ke sehari. Terima kasih kepada syarikat Health Builders kerana menjual teh yang unik ini.”
Pn Hadijah Abdul Hamid, Gombak Indah, Batu Caves, Selangor

“Berusia 50-an. Mengidap penyakit kencing manis dan badan sering letih-letih. Setelah minum 4-5 hari saya kerap buang air kecil dan badan saya bertambah letih. Saya tanya En Azman mengapa begitu tetapi beliau menasihati saya agar terus minum. Katanya itu semua adalah kerana krisis pemulihan. Saya minum tiap-tiap hari dan bawa ke mana saja saya pergi. Berat badan pun turun sikit. Kini saya bertambah sihat dan masalah kencing manis pun semakin sembuh.”
En Sahat Bidin, Rasa, Selangor

“Saya telah 2 tahun mengamalkan minum Rooibos Tea. Alhamdulillah dalam usia saya 48 tahun saya tak ada apa-apa penyakit dan sentiasa sihat dan bertenaga. Rahsia saya itulah minum Rooibos Tea selalu.”
En Alias Bin Ngah, Kuala Terengganu, Terengganu

“Saya mempunyai masalah berat badan yang berlebihan, sakit kepala dan leher. Semenjak mengamalkan minum Rooibos Tea setiap hari dalam tempoh kurang dari tiga bulan sakit kepala dan leher saya hilang. Badan pun dah susut dan perut pun dah kempis. Saya rasa benar-benar sihat sekarang. Cubalah Rooibos Tea .”
En Ragu Bin Marof, Felda Tunggal, Kota Tinggi, Johor.
 
“Setelah disyorkan oleh seorang kawan yang Rooibos Tea dapat menghilangkan keletihan dan kelesuan saya pun cubalah. Setelah minumnya selama 3 minggu saya dapati ada perubahan pada diri saya. Saya sentiasa bersemangat, cergas dan penyakit lemah jantung saya pun bertambah baik. Saya amat puas hati dengan produk ini. Kini saya bukan sahaja penggemar teh ini tetapi juga aktif memperkenalkan kepada kawan-kawan. Bonus jualan yang saya dapat tiap-tiap bulan pun lumayan. Apa lagi badan sihat duit pun dapat.”
En Nah Chim Poh, Simpang Rengam, Johor
 
 
 
 

Testimoni Goji Oleh Warga Ningxia


Dalam keheningan pagi, Dr Shengyuan Lei telah selesai membuat perjalanan hariannya sepanjang tiga-batu. Kemudiannya beliau akan menghabiskan satu jam untuk bertafakur dan yoga sebelum beliau berjumpa dengan pesakit-pesakitnya. Dr Lei berusia 103 tahun ! Ini amat luar biasa tetapi usia Dr Lei yang sebegitu bukanlah di luar kebiasaan. Ramai penduduk di Bandar itu hidup dengan kehidupan yang produktif melewati usia 100 tahun. Mereka mempercayai memakan buah Goji setiap hari merupakan satu-satunya faktor utama yang membuatkan mereka luar biasa sihat dan panjang usia.


Ma Wangshi berusia 121 tahun . Beliau gemar berkebun setiap hari dan lebih suka menaiki anak tangga tanpa bantuan. Kanak-kanak lelaki yang bersamanya ini merupakan cicit-cicit-cucu beliau! Ma suka memakan buah Goji sejak dari kanak-kanak lagi. Beliau boleh mengingati lagi saat pertama kalinya perayaan buah Goji diadakan di kampungnya yang kecil, setelah 100 tahun lalu! Ma akan membawa cucunya ke perayaan buah Goji pada tahun hadapan

Hongzhang dan isterinya berusia 110 tahun . Penglihatan mereka masih tajam dan masih mempunyai semua gigi, mereka juga tidak pernah sakit sejak bertahun-tahun. Salah satu aktiviti kegemaran mereka ialah pergi ke pasar. Mereka berdua memakan buah Goji setiap hari. Wan Hongzhang menjual buah Goji yang kering kepada peniaga tempatan. Serbuk Goji beliau dikenali kerana berkualiti luar biasa. Beliau memaklumkan rahsia serbuk Gojinya telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.
Nota : Testimoni asal dipetik dari laman web Health Builders Sdn. Bhd.
 
Goji memanjangkan usia
Salah satu khasiat goji ialah ia dapat membantu memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.
Antioksia dalam goji merupakan pertahanan tubuh yang terbaik melawan radikal bebas. Dianggarkan sel DNA dalam tubuh kita diserang oleh radikal bebas lebih daripada 10,000 kali dalam sehari. Tanpa dihalang, radikal bebas ini boleh memusnahkan DNA, enzim-enzim dan sel-sel badan. Dengan adanya antioksida yang tinggi dalam Goji, ia dapat membantu menghalang radikal bebas dari menyerang DNA, enzim-enzim dan sel-sel badan.
Kebanyakan penyakit yang berkait dengan penuaan adalah disebabkan oleh kerosakan akibat daripada radikal bebas ini. Oleh kerana kualitinya yang lebih tinggi, beberapa kajian perubatan telah mengesyorkan kegunaan Goji dari Ningxia sebagai pertahanan terbaik dalam melawan radikal bebas. Kajian juga telah meletakkan Goji Ningxia sebagai makanan antioksida yang tertinggi di dunia.

Daerah Zhongning, Negeri Ningxia di negara China mengeluarkan buah Goji yang berkualiti terbaik (juga dikenali sebagai Chinese wolfberri) di dunia. Daerah ini dikenali sebagai desa yang panjang usia di mana ramai penduduknya hidup lama dengan kehidupan yang produktif melewati usia 100 tahun. 90% dari populasi penduduk Ningxia beragama Islam dan mengamalkan Goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat dan mereka percaya buah Goji membantu mereka hidup lama dengan kehidupan yang aktif.
Hidup dengan kehidupan yang produktif melewati usia 100 tahun.