MSM Organic Sulfur |
Bila Saya Perlu Mula Mengambil Sulfur Organik?
Serta merta! Diharapkan anda memahami tubuh anda memerlukan bekalan Sulfur Organik (MSM) yang stabil dan secukupnya dengan segera, terutamanya apabila tubuh bertoksik, termasuk toksin dari bahan tercemar melalui udara dalam bentuk Chemtrail. Ramai orang akan mendapat faedah yang hebat apabila mengambil Sulfur Organik setiap hari kerana ianya merupakan mineral yang penting dan tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita. Ia diperlukan dalam setiap sel tubuh untuk tujuan pengoksigenan yang betul dan detoksifikasi yang berkesan. Bagaimana Saya Mengambil Sulfur Organik? Jumlah pengambilan yang diperlukan oleh setiap orang adalah berlainan dan berbeza-beza. Panduan umum ialah mengambil 1 sudu teh (4 gram) Sulfur Organik dua kali sehari, lebih elok di antara waktu makan atau perut kosong, jadi tiada apa yang akan menghalang penggunaan Sulfur Organik sepenuhnya dalam tubuh. Jumlah pengambilan boleh ditambahkan atau dikurangkan bergantung kepada tahap kesihatan anda dan hasil yang anda alami. Adalah disyorkan bermula dengan dos yang rendah (1-2 gram sehari) pada minggu pertama dan ditambah sedikit demi sedikit kepada diet anda untuk merasa kesan yang lebih kerana bagi mereka yang tidak biasa akan mengalami sakit kepala atau kesan detoksifikasi pada peringkat awal. Ini kerana majoriti orang mengalami kekurangan sulfur dan badan bertoksik. Jika tubuh anda memerlukan jumlah yang lebih tinggi, anda boleh mengambilnya dalam dos-dos yang kecil sepanjang hari, bagi membolehkan tubuh anda menerima / menyesuaikannya. Berapa Cepat Saya Dapat Merasakan Hasil Pengambilan Sulfur Organik? Memandangkan setiap individu mengalami penyakit dan tahap penyakit yang berbeza, maka tindak balas Sulfur Organik pada setiap individu juga turut berbeza. Sesetengah individu yang mengalami kesakitan yang serius melaporkan segala kesakitan hilang dalam sekelip mata. Sesetengah pula merasai perbezaan dalam tempoh seminggu, manakala ada diantaranya merasai kesan selepas berbulan-bulan. Secara umumnya, kebanyakan orang merasai perbezaan selepas beberapa hari mengambil Sulfur Organik seperti yang kami cadangkan, yang mana ianya berbeza dengan cadangan pengambilan supplemen MSM yang lain. Dalam tempoh seminggu pengambilan Sulfur Organik, perkara pertama yang jelas kelihatan ialah kulit wajah lebih sihat dan berseri. Mereka yang mengalami resdung yang serius dan masalah alergik juga akan merasai kesan pemulihan yang hebat dalam tempoh kurang dari seminggu. Jika anda mengambil Sulfur Organik bagi tujuan detoksifikasi logam berat dari tubuh, ia mengambil masa yang lebih lama untuk merasai kesannya kerana masalah-masalah ini berpunca sejak bertahun yang lalu dan tertanam di dalam tisu-tisu tubuh. Hakikatnya, tidak ramai orang yang mengambil Sulfur Organik secara tetap mengatakan mereka tidak merasai faedahnya. Dalam beberapa kes, faedahnya sangat dramatik bergantung kepada tahap kesihatan anda. Soalan Lazim Mengenai Sulfur Mengapa Saya Perlu Mengambil Sulfur Organik (MSM)? Sulfur Organik boleh memberi manfaat kesihatan yang positif kepada hampir setiap penyakit yang dialami manusia. Walaupun kebiasaannya telah digunakan sejak bertahun-tahun sebagai sokongan pada sendi, ianya mempunyai pelbagai manfaat yang meluas. Berikut merupakan kegunaan Sulfur Organik :- • Sakit sendi • Kekejangan sendi • Sakit belakang • Sakit otot • Pedih ulu hati • Sakit kepala • Kudis (Cold Sores) • Alahan • Kecederaan Acute Athletic • Jerawat & kondisi kulit • Uban • Keracunan • Gangguan gastrointestinal • Menyokong hati (Liver Support) • Trauma • Dan banyak lagi! Pemerhatian klinikal juga percaya bahawa Sulfur Organik boleh berfungsi untuk :- • Mengurangkan bengkak • Melembutkan tisu parut • Meningkatkan aliran darah dalam tubuh • Mengurangkan kekejangan otot • Mengurangkan kesakitan akut dan kronik.
BEGINILAH RUPA MSM ORGANIC. YG BOLEH MENEGANG DAN MENCANTIKKAN KULIT SERTA MENGUATKAN OTOT ANDA.
Nota: MSM ORGANIC adalah sebatian sulfur yang penting bagi setiap hidupan di bumi. Ia merupakan unsur protin. MSM adalah ibu kepada collogen yang tengah hangat diperkatakan sekarang.
|
Welcome/ Selamat Datang
Selamat datang dan terima kasih diucapkan kerana sudi datang berkunjung ke blog kami. Laman web ini adalah blog persendirian khusus untuk aktiviti para ahli & prospek Health Builders (M) Sdn. Bhd(HBSB) dalam rangkaian rakaniaga team group HB healthy lifeStyle. Blog ini juga amat sesuai digunakan untuk rujukan buat semua ahli HBSB dan para pengguna yang baharu nak berkenalan atau telah lama menjadi pengguna setia atau sesiapa sahaja yang berminat dengan barangan pengguna keluaran organisasi HBSB. Dengan mengklik(sekali...dua) pada setiap gambar produk keluaran HBSB yang terletak di sebelah kiri screen komputer anda, maklumat ringkas yang berkaitan akan segera muncul termasuk harga sebenarnya di pasaran. Sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan atau mencuba mana-mana produk asli keluaran HBSB, kami syorkan agar anda berhubung terus dengan rangkaian rakaniaga team group kami. VIP Group