Welcome/ Selamat Datang

Selamat datang dan terima kasih diucapkan kerana sudi datang berkunjung ke blog kami. Laman web ini adalah blog persendirian khusus untuk aktiviti para ahli & prospek Health Builders (M) Sdn. Bhd(HBSB) dalam rangkaian rakaniaga team group HB healthy lifeStyle. Blog ini juga amat sesuai digunakan untuk rujukan buat semua ahli HBSB dan para pengguna yang baharu nak berkenalan atau telah lama menjadi pengguna setia atau sesiapa sahaja yang berminat dengan barangan pengguna keluaran organisasi HBSB. Dengan mengklik(sekali...dua) pada setiap gambar produk keluaran HBSB yang terletak di sebelah kiri screen komputer anda, maklumat ringkas yang berkaitan akan segera muncul termasuk harga sebenarnya di pasaran. Sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan atau mencuba mana-mana produk asli keluaran HBSB, kami syorkan agar anda berhubung terus dengan rangkaian rakaniaga team group kami. VIP Group
Banner
Banner

Monday, June 24, 2013

Teh Rooibos.....teh ajaib

Kota Kinabalu

Sembuh dari penyakit Jantung dengan kos rawatan termurah secara semulajadi adalah sesuatu yang luarbiasa bagi pakar-pakar perubatan modern. Namun inilah hakikat sebenar yang telah berlaku kepada Puan Puana Madindy yang telah disahkan bebas dari penyakit jantung oleh pakar perubatan hospital daerah Likas, Kota Kinabalu. Suatu keajaiban yang perlu kita kongsikan sesama kita semua.
Seseorang yang telah disahkan mengidap penyakit jantung, harta benda dan dunia alam sekelilingnya ini seolah-olah akan terasa sempit dan tiada lagi makna untuk dia meneruskan kehidupan. Dalam pada itu sesetengah pakar perubatan menyatakan bahawa jika sesorang itu mengalami masalah jantung harapan untuk terus hidup adalah dengan mengharapkan ada insan yang sanggup menderma jantungnya untuk kita. Namun berapa ramaikah orang di dunia ini yang sanggup mendermakan jantung mereka untuk kita?
Bagi masyarakat kampung dan golongan berpendapatan rendah, dunia adalah begitu gelap sekali buat mereka jika disahkan saja telah mengidap penyakit ini, perkara yang terbayang dalam pemikiran mereka adalah adakah sumber kewangan mereka cukup untuk membiayai kos menjalani rawatan pemulihan.
Penyakit jantung berpunca dari pengumpulan kolestrol serta lemak yang melekat dan membeku disekitar jantung serta seluruh badan. Yang amat menakutkan apabila lemak dan kolestrol berlebihan melekat di sepanjang dinding saluran darah sehingga menyebabkan saluran darah ke jantung menjadi sempit. Amalan pemakanan yang tidak terkawal membawa kepada ramai yang mengalami pengumpulan kolestrol jahat dalam tubuh tanpa mengambil kira faktor usia, pangkat mahupun kedudukan apatah lagi pada mereka yang kurang kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Seandainya ini berlaku dalam kehidupan kemungkinan, kolestrol akan menyumbat saluran darah, maka tidak mustahil serangan jantung akan berlaku yang biasanya disusuli dengan serangan strok.
Muhasabah diri perlu ada di dalam diri setiap individu dalam masyarakat kita pada hari ini agar mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan mengekalkan kesihatan yang baik sepanjang masa. Yakni menggunapakai minuman teh Rooibos sebagai suatu kemestian atau amalan berterusan dalam kehidupan seharian sepertimana cerita saya pada artikel yang lepas mengenai teh Rooibos.
Untuk rencana kali ini, saya muatkan cerita salah seorang pengidap penyakit lemah jantung yang disahkan oleh doktor perlu menjalani pembedahan bagi menyimpan bateri kerana injab jantungnya terlalu lemah untuk berfungsi seperti pada kebiasaannya. Bagaimanapun dengan amalan menjadikan teh Rooibos sebagai minuman harian, dalam dua minggu sahaja puan Puana Mandindy dari kg Timbang Dayang, Kota Belud telah mampu ceria kembali apabila doktor Hospital Likas mengesahkan bahawa degupan jantungnya telah kembali normal. Lebih mengembirakan lagi apabila pengambilan ubat berkaitan masalah jantung  yang dihadapinya kini telah dihentikan sama sekali.
Seterusnya testimoni pulih dari derita akibat penyakit batu karang di dalam pundi hempedu yang dialami sendiri oleh puan Rukini Singkui yang berasal dari daerah Kota Belud yang kini menetap di kg Masanoi, Tenom. Apakah ceritanya...bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut lagi mengenainya bolehlah berhubung terus dengan Puan Rukini Singkui di Talian +6014-5510345 agar suasana cerita yang nyata boleh kita dengar sendiri dari orang yang telah melaluinya.


Kelihatan dalam gambar wajah puan Rukini Singkui ketika sedang menjaja di Tamu Tenom pada 10/02/2013 setelah berbulan-bulan tidak beroperasi akibat dari penyakit yang telah dialaminya. Dia kini telah mampu senyum gembira kerana telah bebas sepenuhnya dari penyakit yang dideritainya selama bertahun-tahun.

Banyak lagi testimoni pengguna teh Rooibos yang akan disiarkan dari masa ke semasa pada artikel penulis yang akan datang sebagai bukti keberkesanan produk teh Rooibos. Selain dari itu testimoni dalam bentuk VCD juga akan dicetak edar dalam waktu terdekat ini. Sekarang ini rakaniaga Rangkaian Team Group www.hbhealthylifestyle.blogspot.com sedang mencari pengedar dan stockist bagi Malaysia khususnya negeri Sabah dan Sarawak serta juga negara-negara rantau ASEAN untuk tujuan mempermudahkan  produk teh Rooibos dipasarkan kepada para pengguna.

Sempena bulan puasa ini dan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013, rakaniaga Rangkaian Team Group www.hbhealthylifestyle.blogspot.com sedang mengadakan  promosi khas Teh Rooibos bertempat di Sylvia Shop pekan Menggatal, Kota Kinabalu (Sylvia 016-8371700), Keningau Mall, Keningau (Rosme 010-9310737), Restoran Top Star Chicken Rise, Keningau (Mr Kong 013-5445041) Kedai Fama Cawangan Keningau (Puan Lina 014-8668707) 
 

Teddy damianus
Penulis dan Editor Bebas ASEAN
+60168358255