Welcome/ Selamat Datang

Selamat datang dan terima kasih diucapkan kerana sudi datang berkunjung ke blog kami. Laman web ini adalah blog persendirian khusus untuk aktiviti para ahli & prospek Health Builders (M) Sdn. Bhd(HBSB) dalam rangkaian rakaniaga team group HB healthy lifeStyle. Blog ini juga amat sesuai digunakan untuk rujukan buat semua ahli HBSB dan para pengguna yang baharu nak berkenalan atau telah lama menjadi pengguna setia atau sesiapa sahaja yang berminat dengan barangan pengguna keluaran organisasi HBSB. Dengan mengklik(sekali...dua) pada setiap gambar produk keluaran HBSB yang terletak di sebelah kiri screen komputer anda, maklumat ringkas yang berkaitan akan segera muncul termasuk harga sebenarnya di pasaran. Sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan atau mencuba mana-mana produk asli keluaran HBSB, kami syorkan agar anda berhubung terus dengan rangkaian rakaniaga team group kami. VIP Group
Banner
Banner

Wednesday, April 11, 2012

GOJI


Goji???

Dalam perubatan Cina
Goji telah digunakan dalam perubatan tradisional oleh masyarakat Cina selama lebih 5000 tahun. Banyak teks perubatan Cina menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan hasil daripada buah ini. Antara teks perubatan tersebut ialah:
Ben Cao Hui Yang:
“Goji meningkatkan qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan yin dan yang, membuang angin, merupakan herba yang sangat baik”.
Ben Cao Bei Yao:
“Goji menyuburkan paru-paru, membuang angin, membersihkan hati, menguatkan buah pinggang untuk menyokong qi, meningkatkan potensi seks, memperkuatkan otot dan tulang serta mencerahkan mata”.
Ben Cao Gang Mu:
“Goji membuang qi yang tidak baik daripada lima (5) organ, mengawal aliran tenaga penting, mencerahkan mata, menenangkan saraf, menjadikan hidup panjang umur”.

Herba ajaib, baik untuk penglihatan
Goji atau buah Lycium merupakan herba yang berasal daripada Lycium chinense dan Lycium barbarum, tumbuhan yang biasa didapati di Asia Timur. Kulit akarnya juga digunakan untuk perubatan di seluruh Asia Timur. Lycium merupakan famili Solanacea yang daripadanya kita dapati sayur-sayuran seperti lada, terung, ubi kentang, tomato dan lain-lain. Masyarakat Cina mengenali buah ini sebagai goji dan telah menggunakannya sejak zaman purba. Ia juga telah direkodkan seawal kewujudan Chinese material medica dalam lingkungan 100 A.D.
Di Cina, Lycium Barbarum telah lama dikenali kerana faedahnya untuk penglihatan. Ia sering dijadikan bahan utama dalam hampir setiap perubatan Cina dalam memulihkan mata.
Buah goji mempunyai rangkaian amino asid L-leucine yang sangat tinggi. L-leucine merupakan asid amino yang hanya boleh diperolehi daripada diet kita. Dalam tubuh, L-leucine ditukarkan kepada sebatian yang sangat kuat dipanggil HMB (beta-hydroxy beta-methylbutyrate).

Kandungan fakta pemakanan buah goji Ningxia
  • 19 amino asid termasuk lapan (8) yang diperlukan untuk hidup
  • 21 unsur mineral termasuk germanium, unsur mineral anti-kanser yang jarang ditemui dalam makanan
  • 16% protein enam (6) kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bee pollen
  • Spektrum yang lengkap dengan anti-oksida karotenoid termasuk beta-karotena (sumber yang lebih baik meskipun karot)
  • Zeaxanthin dan lutein melindungi mata dan membaiki penglihatan. Buah goji paling kaya dengan sumber karotenoid berbanding dengan semua jenis makanan yang ada
  • Vitamin C (500 kali ganda berbanding buah oren)
  • Vitamin B Complex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga
  • Vitamin E, jarang ditemui dalam buah dan selalunya hanya ditemui dalam bijian dan benih
  • Beta-sitosterol, dikenali sebagai agen anti-radang. Beta-sitosterol juga merendahkan kolesterol dan digunakan untuk merawat masalah seksual mati pucuk dan zakar yang membesar
  • Essential fatty acids, diperlukan oleh tubuh untuk mengeluarkan hormon, dan melicinkan fungsi otak serta sistem saraf
  • Cyperone, memberi faedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan ketidakselesaan ketika haid dan digunakan dalam rawatan kanser servik
  • Solavetivone, sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang kuat
  • Physalin, sebatian semulajadi yang aktif terhadap semua jenis leukemia, juga digunakan dalam rawatan hepatitis B disamping meningkatkan sistem imunisasi
  • Betaine, digunakan oleh hati untukmengeluarkan choline, sebatian yang mententeramkan ketakutan, meningkatkan memori, pertumbuhan otot dan melindungi penyakit hati berlemak (fatty liver). Betaine juga menyediakan kumpulan methy dalam tindak balas tenaga dan boleh membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu faktor risiko utama dalam penyakit jantung. Ia juga melindungi DNA
  • Polysaccharides: LBP (Lycium Barbarum Polysaccharides) terbukti sebagai glykokonjugat, bermaksud merupakan sumber sel gula yang perlu (essential cell sugars) yang luar biasa (Mannose, Xylose, Rhamnose, Glucose, Arabinose dan Galactose) yang perlu untuk fungsi imunisasi yang sempurna dan komunikasi interselular. Hakikatny, goji mungkin merupakan sumber glykonutrien yang terkaya pernah ditemui.
Usia lewati 100 tahun
Daerah Zhongning, Ningxia di Negara Cina mengeluarkan buah goji (juga dikenali sebagai Chinese wolfberry) yang berkualiti terbaik di dunia. Daerah ini dikenali sebagai desa panjang usia, di mana ramai penduduknya hidup lama dengan kehidupan yang produktif melewati usia 100 tahun. 90% daripada populasi penduduk Ningxia beragama Islam dan mengamalkan goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Mereka percaya goji membantu mereka hidup lama dengan kehidupan yang aktif.

Rekod umur panjang yang disahkan
Para cendekiawan moden telah mengesahkan tempoh hayat luar biasa seorang pakar perubatan Cina bernama Li Qing Yuen. Beliau dilahirkan pada tahun 1678 dan meninggal dunia pada tahun 1930. Beliau hidup sehingga usia 252 tahun. Ini merupakan kes orang yang paling panjang usia pernah direkodkan. Apakah rahsia usia panjang dan kehidupan aktif beliau? Rahsianya ialah mengamalkan sup yang dibuat daripada goji setiap hari.
Semua khasiat yang diperolehi daripada buah ajaib ini kini dapat dinikmati dengan mudah. Health Builders, satu-satunya syarikat jualan langsung terkemuka di Malaysia, hanya memilih buah goji yang berkualiti terbaik dari daerah Ningxia. Ekstrak goji digunakan untuk rangkaian produk Goji Soya dan Goji Coffee with Eucommia
Dr Earl Mindell, R.Ph., Ph. D, pakar herba dan ahli farmasi berdaftar yang dikenali sedunia, memberi sebab-sebab berikut

34 Sebab Mengambil Goji
  1. Memanjangkan usia, menghalang diri daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi
  2. Meningkatkan tenaga dan kekuatan , terutama apabila melawan penyakit
  3. Menjadikan rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH (hormon pertumbuhan manusia), ‘hormon remaja’
  4. Mengekalkan tekanan darah yang sihat
  5. Mengurangkan risiko kanser
  6. Mengurangkan kolesterol
  7. Menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes
  8. Meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual
  9. Membantu mengurangkan berat badan
  10. Melegakan sakit kepala dan pening
  11. Melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak
  12. Mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan
  13. Menguatkan jantung
  14. Menghalang peroksidaan lipid (yang menyebabkan sakit jantung)
  15. Meningkatkan halangan penyakit
  16. Meningkatkan respon imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG)
  17. Digunakan sebagai rawatan kanser
  18. Menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser)
  19. Menghalang tumbesaran tumor
  20. Mengurangkan kesan toksid kemoterapi dan radiasi
  21. Membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet, serta rawatan penyakit tulang sum-sum
  22. Meningkat limfosit
  23. Mengaktifkan enzim anti-radang
  24. Menyokong fungsi hati yang sihat
  25. Merawat simptom-simptom menopause
  26. Menghalang loya di peringkat awal mengandung
  27. Meningkatkan kesuburan
  28. Menguatkan otot dan tulang
  29. Menyokong fungsi buah pinggang
  30. Meningkatkan memori dan memulih ingatan
  31. Membantu batuk kering yang kronik
  32. Menghilangkan tekanan dan gelisah
  33. Meningkatkan keceriaan dan semangat
  34. Membantu sistem penghadaman