Tea Rooibos | ||||||||||||||||||||
5 Sebab UTAMA Mengapa Teh Rooibos Organik Health Builders Mempunyai
Nilai Khasiat Yang tidak terdapat pada yang lain!
1. Ditanam dan Tumbuh Secara Organik untuk Kesegaran Mutu yang Lebih Baik
Secara organik ditanam dan tumbuh di puncak kawasan terbaik penanaman teh di Daerah Maskam di
Afrika Selatan untuk menawarkan kebaikan asli, Teh Rooibos Organik Health Builders ialah sejenis teh unik yang menghasilkan rasa kesegaran herba berkualiti yang sukar ditandingi!
Diusahakan di atas konsep estet jeni "vintage", penanamannya berdasarkan kepada pemilihan hanya
bahan tanaman yang terbaik, penanaman benih tersendiri serta dibantu oleh penyelidikan jangka panjang dan projek-projek pembangunan untuk penghasilan, penuaian dan penyediaan bahan.
2. Daerah Maskam, Secara Geografi Dianugerah dengan Keadaan Terbaik untuk Penanaman
Secara geografi, Daerah Maskam dianugerah dengan keadaan terbaik dan paling sesuai untuk penanaman
tersebut. Suatu kenyataan bahawa pentingnya tahun "vintage" dan kaitan ke atas rupa warna, mutu keharuman dan rasa daripada secawan teh tidak dapat dipersoalkan, rooibos - sejenis tanaman hidup - bergantung kepada keadaan alam sekitar, altitud (ketinggian), jenis tanah, keadaan cuaca seperti hujan, kabus di peringkat tertentu pada hari tersebut, kehampiran dengan laut dan sebagainya . Secara geografi, Daerah Maskam dianugerah dengan kesemua yang disebutkan diatas untuk penanaman teh rooibos.
3. Tumpuan Hanya Pada Rooibos
Para petani di Daerah Maskam hanya menumpukan kepada penanaman rooibos. Penumpuan ini
memastikan bahawa estet rooibos memenangi hadiah penghasilan mutu terbaik dalam industri ini. Penumpuan menanam rooibos, dengan dibantu oleh iklim mikro unik menghasilkan teh rooibos herba bermutu yang sukar ditandingi. Tidak seperti petani di Daerah Sanveld yang menanam lain-lain hasil tanaman selain rooibos, petani-petani di Daerah Maskam lebih mementingkan selok belok penanaman rooibos.
4. Altitud (ketinggian).. Faktor Kemenangan
Walaupun rooibos boleh ditanam di sebarang ketinggian, iklim mikro amatlah dititikberatkan. Syarat
utama ialah lebih tinggi ia ditanam, teh yang lebih baik akan dihasilkan. Sebabnya adalah mudah : udara yang lebih sejuk menghalang kelajuan penumbuhan tanaman, dan dengan itu memaksa ia menghasilkan dedaun yang lebih lembut dengan mutu rasa yang lebih baik. Di altitud yang lebih rendah, keseluruhan tanaman akan tumbuh dengan lebatnya, sekaligus menghasilkan teh yang lebih kasar dan mempunyai rasa yang kurang sedap / elok. Ketinggian diatas paras laut bagi Daerah Maskam ialah kira-kira 900m dan bagi daerah Sanveld ialah 450m. Purata suhu musim panas dan musim sejuk ialah masing-masing 25 darjah dan 19 darjah. Iklim mikro suhu rendah altitud tinggi ini telah berjaya meraihkan 7 anugerah pingat emas untuk Daerah ini sepanjang 10 tahun lalu.Kawasan gunung ganang tersebut yang terletak di dalam dan di atas jalur kabus mepmunyai tanah-tanih terbaik yang sesuai untuk penanaman serta penghasilan rooibos yang terbaik. Dari dulu hingga sekarang, di kawasan inilah terdapat rooibos yang tumbuh meliar secara asli.
5. Visi dan Misi
Kaedah yang digunakan juga menyumbang kepada cara penghasilan terakhir rooibos. Kemudahan
pempasteuran yang terleta di tengah kawasan pengeluaran Maskam, menunjukkan bahawa ia berada di l okasi strategik yang memudahkan kesemua proses teh rooibos yang dikutip dari daerah sekeliling. Pengeluar kami, Maskam Redbush Limited mempunyai visi untuk mengeluarkan teh rooibos bermutu tinggi yang paling konsisten dan memberi suatu barangan berintegriti kepada pelanggan yang dibuat melalui kawalan proses asli dari mula hingga akhir.. dari tanaman hingga ke cawan! Disebabkan industri ini sentiasa berubah, Maskam Redbush Limited juga berniat untuk menetapkan tahap baru bagi industri rooibos serta memaju dan menaikkan taraf keseluruhan industri untuk faedah semua yang terlibat.Sebab itulah dengan gabungan semua ciri jualan unik (USP) - dari dari daerah asal di mana tanaman teh rooibos ditanam, sehingga ke proses pengeluaran sebenar, cara pemasaran dan akhirnya sehingga ke mutu teh di dalam cawan,Teh Rooibos Organik Health Builders telah disahkan oleh Ecocert International of Germany sebagai
menepati syarat - syarat Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) mengenai pengeluaran barangan organik.
Ini bermakna yang Teh Rooibos Organik Health Builders adalah bebas daripada bahan kimia!
Sesungguhnya, ia bersih dan asli. Anda kini dapat menikmati kebaikan khasiat Teh Rooibos Organik Health Builders tanpa perlu bimbang tentang bahan kimia!
Ciri - ciri Kesihatan dan Data Analitik
Program - program penyelidikan saintifik lengkap yang dijalankan oleh banyak institusi yang diiktiraf
menunjukkan bahawa Teh Rooibos Organik Health Builders mempunyai faedah - faedah kesihatan. ntaranya ialah :
buah pinggang
penghadaman
ia juga menyumbang secara purata kepada usaha untuk memanjangkan jangka hayat hidup manusia
Nilai Khasiat Pemakanan
Satu cawan (3g / 200ml) Teh Rooibos Organik Health Builders mengandungi bahan-bahan berikut:
|
Welcome/ Selamat Datang
Selamat datang dan terima kasih diucapkan kerana sudi datang berkunjung ke blog kami. Laman web ini adalah blog persendirian khusus untuk aktiviti para ahli & prospek Health Builders (M) Sdn. Bhd(HBSB) dalam rangkaian rakaniaga team group HB healthy lifeStyle. Blog ini juga amat sesuai digunakan untuk rujukan buat semua ahli HBSB dan para pengguna yang baharu nak berkenalan atau telah lama menjadi pengguna setia atau sesiapa sahaja yang berminat dengan barangan pengguna keluaran organisasi HBSB. Dengan mengklik(sekali...dua) pada setiap gambar produk keluaran HBSB yang terletak di sebelah kiri screen komputer anda, maklumat ringkas yang berkaitan akan segera muncul termasuk harga sebenarnya di pasaran. Sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan atau mencuba mana-mana produk asli keluaran HBSB, kami syorkan agar anda berhubung terus dengan rangkaian rakaniaga team group kami. VIP Group