Welcome/ Selamat Datang

Selamat datang dan terima kasih diucapkan kerana sudi datang berkunjung ke blog kami. Laman web ini adalah blog persendirian khusus untuk aktiviti para ahli & prospek Health Builders (M) Sdn. Bhd(HBSB) dalam rangkaian rakaniaga team group HB healthy lifeStyle. Blog ini juga amat sesuai digunakan untuk rujukan buat semua ahli HBSB dan para pengguna yang baharu nak berkenalan atau telah lama menjadi pengguna setia atau sesiapa sahaja yang berminat dengan barangan pengguna keluaran organisasi HBSB. Dengan mengklik(sekali...dua) pada setiap gambar produk keluaran HBSB yang terletak di sebelah kiri screen komputer anda, maklumat ringkas yang berkaitan akan segera muncul termasuk harga sebenarnya di pasaran. Sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan atau mencuba mana-mana produk asli keluaran HBSB, kami syorkan agar anda berhubung terus dengan rangkaian rakaniaga team group kami. VIP Group
Banner
Banner

Sunday, June 29, 2014

KENALI CORDYCEPS



Cordyceps sinesis ialah sejenis fungus atau cendawan yang tumbuh subur di kawasan pergunungan yang mempunyai ketinggian melebihi 3500 meter dari paras laut. Ia banyak di perolehi di pergunungan China, Tibet, Nepasl dan Himalaya.
Cordyceps sineses di kategorikan sebagai salah satu herba yang sangat bernilai tinggi dalam perubatan tradisional China dan sains perubatan moden.
Cacing@Ulat Musim Sejuk, Rumput Musim Panas
Cordyceps juga dikenali sebagai cendawan ulat bulu. Dalam masyarakat China, ia dipanggil DongChongXiaCao yang bermaksud ‘Musim sejuk ulat, musim panas rumput’
Semasa musim sejuk, spora Cordyceps memasuki badan larva dan memperolehi makanan daripada badan larva itu sehingga larva akan mati.Semasa musim panas, cendawan akan tumbuh dari badan larva tersebut. Tinggi antara 3cm-10cm. Cendawan ini dinamakan Cordyceps.
Penggunaan Cordyceps dalam perubatan China mula direkodkan dalam “Ben-Cao-Cong-Xin” (New Compilation
of Materia Medica) oleh Wu-Yiluo semasa Dinasti Qing.
Orang China menggunakan Cordyceps sejak 3000 tahun lalu untuk merawat masalah paru-paru, hati, jantung dan penyakit buah pinggang, merawat barah, melegakan sakit, dan meningkatkan kesihatan dan panjang usia.
Cordyceps dijadikan ramuan herba utama dalam sejarah Maharaja China untuk menguatkan badan, mati pucuk, kelesuan akibat penyakit dan sakit badan.